Senapang DIY

Putrajaya: Ilmu serta kemahiran menghasilkan secara sendiri (DIY) senjata api yang dipelajari di negara jiran atau melalui pengamatan video di laman sosial.

Itu antara kebolehan diperoleh segelintir pemburu haram yang turut dikesan mampu menghasilkan peluru kitar semula dengan bermodalkan besi buruk dan kayu digergaji menjadi senapang angin.

Dalam kes terbaru jenayah hidupan liar membabitkan pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor dan polis, seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun ditahan susulan serbuan di sebuah rumah di Paloh, Kluang, Johor pada jam 11.40 malam kelmarin.

Hasil pemeriksaan dilakukan menemui empat laras senjata api buatan sendiri selain 95 butir peluru hidup milik suspek.

Jurucakap Perhilitan berkata, suspek dipercayai berkecimpung dalam aktiviti pembuatan senjata api itu sejak beberapa tahun lalu dan menjadikan kediamannya sebagai ‘bengkel’ menghasilkan senapang.

“Ini dibuktikan hasil penemuan batang besi (barrel), kayu, gergaji dan pelbagai peralatan pertukangan dipercayai digunakan bagi menghasilkan senjata buatan sendiri.

“Tidak dinafikan suspek memiliki kemahiran bagi menghasilkan senapang yang diubah suai selain mampu membaik pulih senjata dihasilkan itu,” katanya.

Menurutnya, pihak Perhilitan yakin suspek terbabit dalam kegiatan pemburuan haram susulan penemuan kuku harimau dan bahagian kijang di kediamannya itu.

Pada 25 Oktober lalu, tiga individu termasuk bekas anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ditahan kerana memiliki senapang patah dan senapang angin buatan sendiri di Kulim, Kedah.

 

BUKTI penemuan perkakas dan peralatan yang digunakan seorang lelaki tempatan bagi menghasilkan senjata api buatan sendiri di rumahnya di Kluang, Johor.
BUKTI penemuan perkakas dan peralatan yang digunakan seorang lelaki tempatan bagi menghasilkan senjata api buatan sendiri di rumahnya di Kluang, Johor.

 

Malah dalam kejadian 3 November lalu, seorang lelaki warga emas ditahan polis di kediamannya di Kampung Bakam, Miri, Sarawak, kerana memiliki 20 senapang patah dipercayai buatan sendiri.

Sementara itu Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan pemburuan haram sukar dibanteras sepenuhnya berikutan ia turut didalangi warga asing yang berada di negara ini.

Terbaru Selasa lalu, seorang lelaki warga Vietnam berusia 35 tahun diberkas anggotanya di Jalan Benut, Simpang Renggam, Johor.

Menurutnya, suspek dipercayai antara pemburu haram profesional susulan penemuan daging babi hutan, kulit biawak, kulit ular sawa selain duri landak disimpan di dalam guni serta peti sejuk di kediamannya.

Kelmarin, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan kejayaan pihaknya menahan enam pemburu haram melalui Op Khazanah Bersepadu membabitkan kerjasama polis dan Jabatan Perhilitan Johor sejak 21 Oktober lalu.

Katanya, dalam serbuan itu polis turut merampas 10 laras senjata api buatan sendiri, 110 butir peluru hidup, dua bilah parang panjang, 10 jenis haiwan bersama sangkarnya termasuk musang pandan, kera, burung bayan dan burung parakeet, selain trofi kepala kijang, mesin gergaji elektrik, mesin ‘grinder’, bahagian kijang, ekor bangkai hidupan liar disyaki ayam hutan dan pelbagai lagi barangan lain.-BH

Miliki 20 senapang patah, warga emas ditahan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker