K’jaan digesa wujudkan situasi menang-menang bagi sektor restoran

 

Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) meminta kerajaan mewujudkan situasi menang-menang dalam menghidupkan semula sektor restoran yang kini terjejas teruk akibat Covid-19.

Presidennya, J Govindasamy berkata bahawa kerajaan perlu berbincang dengan pemain sektor ini sebagai persiapan awal mengharungi pasca Covid-19.

“Sebanyak 30 peratus ahli kami telah pun menutup operasi mereka. Secara keseluruhan, perniagaan terkesan teruk akibat pandemik ini.

“Yang masih bertahan, yakin bahawa keadaan akan kembali normal selepas Mac ini.

“Jadi, kami minta kerajaan duduk dan berbincang dengan kami menyelesaikan masalah sedang dihadapi,” katanya dalam sidang media hari ini, di Petaling Jaya.

Menurutnya, isu pekerja warga asing, pembayaran sewa, kenaikan harga barang dan modal meneruskan perniagaan antara isu sedang dihadapi oleh sektor restoran.

Govindasamy berkata bahawa isu pekerja asing adalah isu paling mustahak perlu diselesaikan dengan segera.

Katanya, buat masa ini, anggota Primas menghadapi kekurangan pekerja.

Pengguna Celcom berang kerana gangguan perkhidmatan data mudah alih

“Kami perlukan antara 3,000 hingga 7,000 pekerja. Kami buat pelbagai iklan untuk mengambil pekerja tempatan. Tapi, responsnya kurang memberasangkan.

“Malah, kami tawar gaji antara RM2,500 hingga RM3,000. Masih tidak dapat mencari pekerja tempatan.

“Kami harap kerajaan membantu kami menyelesaikan isu kekurangan pekerja ini,” katanya.

Dia juga berharap kerajaan melanjutkan diskaun 25 peratus bagi pembayaran levy untuk setahun lagi.

Selain itu, dia juga meminta kerajaan menyediakan geran atau pinjaman mudah kepada pengusaha restoran untuk menghidupkan semula perniagaan.

“Sebagai contoh, sektor catering tiada pendapatan langsung.

“Mereka perlu disuntik dengan bantuan kewangan untuk meneruskan semula perniagaanya,” katanya.

Media Prima tamatkan khidmat 300 pekerjanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker