Malaysia dianggap iktiraf kudeta Myanmar jika hantar pulang tahanan

Keputusan kerajaan untuk menghantar pulang 1,200 warga Myanmar ke negara asal mereka akan menghantar isyarat kepada dunia bahawa Malaysia mengiktiraf tindakan rampasan kuasa tentera, kata Lawyer for Liberty (LFL).

Wakil LFL, Mahajoth Singh berkata, langkah tersebut berlaku, hanya selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Presiden Indonesia Joko Widodo mengecam usaha rampasan kuasa itu dalam lawatan diplomatik Muhyiddin ke Indonesia baru-baru ini.

“Sekiranya kerajaan Malaysia bekerjasama dengan kepemimpinan Myanmar yang tidak berperlembagaan ini, ia seakan menghantar isyarat kepada bukan hanya Asean tetapi juga dunia bahawa negara bersedia untuk mengiktiraf (rampasan kuasa) tentera,” jelas Mahajoth dalam satu kenyataan.



Pada 15 Feb lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud mengesahkan bahawa program penghantaran pulang warga Myanmar yang berada dalam tahanan, yang dijadualkan pada 23 Februari, tidak melibatkan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (PBB) atau dari etnik Rohingya.

Dia turut menjelaskan, pihak kedutaan Myanmar di Malaysia telah memberikan kerjasama dan mengatur penghantaran pulang warga tersebut.

Sebelum ini, Reuters melaporkan, kerajaan tentera Myanmar telah menawarkan untuk menghantar tiga kapal tentera laut mereka ke Malaysia bagi mengambil 1,200 warga Myanmar yang ditahan.

Awal bulan ini, tentera merampas kuasa daripada kerajaan pimpinan Liga Demokrasi Kebangsaan di Myanmar dan mengisytiharkan darurat selama setahun.



Sementara itu, Mahajoth meluahkan rasa ragu-ragu terhadap kenyataan Imigresen, bahawa tidak ada pelarian Rohingya atau pemegang kad PBB yang akan dihantar pulang.

“Kerajaan tak jelaskan bagaiman proses penghantaran pulang itu dibuat.

“Agensi PBB juga tidak dapat akses depoh tahanan sejak 2019 dan tidak dapat mengesahkan bahawa tahanan itu pelarian atau tidak,” jelasnya.

Tambah Mahajoth, agensi itu juga telah memberitahu media bahawa pihaknya kini sedang mencari informasi dan menyatakan kemungkinan terdapat wanita atau kanak-kanak di depoh terbabit.



Jelasnya, kerajaan akan berisiko melanggar prinsip ‘penghantaran pulang paksa terhadap pelarian’  ke negara asal mereka.

‘Penghantaran pulang paksa terhadap pelarian’ merupakan prinsip utama undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, yang melarang kepulangan individu ke negara asal kerana bakal menghadapi penyiksaan, perlakuan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah, atau bahaya lain yang tidak dapat diperbaiki.

“Adalah sangat penting untuk kerajaan, sekurang-kurangnya menunda proses hantar pulang dan memberi akses kepada PBB terhadap 1,200 orang tahanan itu dalam memastikan bahawa mereka memang hanya pendatang dan bukan orang yang mudah tertindas.

Singapura terima penghantaran pertama vaksin Covid-19



“Jika kerajaan gagal berbuat demikian, ia kemungkinan akan melanggar prinsip penghantaran pulang paksa terhadap pelarian,” tambahnya.

Susulan program vaksinasi kerajaan yang turut mengutamakan pekerja asing, Mahajoth memberi amaran bahawa proses penghantaran pulang itu akan menyebabkan mereka takut untuk hadir menyuntik vaksin kerana bimbang ditahan.

“Melihat terdapat sekurang-kurangnya dua juta pekerja asing tanpa izin (pati) di Malaysia, bahaya untuk kesihatan awam jika mereka kekal tidak divaksin.



“Sekiranya kerajaan serius untuk mengekang penularan virus secara menyeluruh, mereka tidak boleh menimbulkan risiko sehingga pekerja asing menghindari langkah penting ini, “katanya.

Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin memberi jaminan pati tidak akan ditangkap apabila mereka tampil untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Isytihar darurat di Malaysia, tapi bimbang di Myanmar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker