Status Terkini: 2,720 kes baru, 8 kematian dan sembuh 5,718
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 2,720 kes baru Covid-19 yang dicatatkan setakat tengah hari tadi.
Sebanyak lapan kematian baru turut dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu adalah 983.
Seramai 5,718 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan adalah 269,165 kes, dengan 44,129 kes aktif ketika ini.
Unit rawatan rapi kini menempatkan 253 pesakit, dengan 118 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kesemua kes baru yang dilaporkan adalah kes penularan dalam negara.
Bilangan kes aktif terus menunjukkan penurunan untuk hari kelima berturut-turut.
Sekatan rentas negeri dan daerah kekal manakala syarat radius 10km dibatalkan
Ini akan memberikan kelegaan yang sangat diperlukan untuk sistem kesihatan yang sesak.
Perlu diambil kira bahawa Kementerian Kesihatan telah mengurangkan ujian pada 13 Januari, termasuk tidak menguji kontak rapat tanpa gejala.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan bahawa tahap ujian di Malaysia mencukupi.
Kes di Selangor kembali ke angka empat digit dengan 1,300 kes dilaporkan, sementara Sabah mempunyai 132 kes hari ini setelah turun dua digit semalam untuk pertama kalinya dalam beberapa bulan.
Jumlah kes baru juga tinggi di Johor, yang melaporkan 451 kes hari ini berbanding 269 kes semalam.
Perlis – yang merupakan satu-satunya negeri yang berada di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) mulai 19 Februari – tidak melaporkan kes untuk hari ketiga berturut-turut.
Kes baru berdasarkan negeri:
Selangor (1300)
Johor (451)
Kuala Lumpur (318)
Sarawak (193)
Sabah (132)
Penang (72)
Perak (69)
Negeri Sembilan (64)
Kedah (38)
Terengganu (26)
Pahang (19)
Kelantan (17)
Malacca (14)
Putrajaya (6)
Labuan (1)
Perlis (0)
You must be logged in to post a comment.