Gerakan Kelantan Tuntut kerusi PAS, Gerakan Pusat Kata Belum Masanya

Parti Gerakan menegur kenyataan pemimpinnya di Kelantan yang meminta PAS menyerahkan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agungnya, Mah Kah Keong berkata kenyataan yang dikeluarkan pembantu setiausaha Gerakan Kelantan, Gan Thuan Bun adalah sesuatu yang belum masanya.

Kenyataan media Gan meminta PAS memberi satu kerusi DUN kepada Gerakan khususnya di DUN Kota Lama.



“Kenyataan media tersebut agak mengejutkan semua pihak di mana ia di luar jangkaan dan pengetahuan pusat.

“Kenyataan tersebut memang akan memberi kesan negatif kepada hubungan silaturahim parti komponen Perikatan Nasional (PN).

“Masih awal lagi untuk membincangkan sebarang isu berkaitan pengagihan kerusi pilihan raya dan perkara itu perlu diputuskan oleh kepimpinan pusat parti. Jangan cetuskan kontroversi,” katanya dalam satu kenyataan.

Apa rasional PN terima parti celupar seperti Gerakan



Terdahulu NST melaporkan Gerakan Kelantan mahu bertanding di kerusi sekutunya PAS di DUN Kota Lama, yang dipegang parti Islam selama lebih dari dua penggal.

Gan berkata, Gerakan yang baru saja bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu komponen gabungan itu, berkata ini kerana kerusi berkenaan adalah majoriti pengundi Cina.

Kerusi itu kini dipegang oleh Anuar Tan Abdullah dari PAS.



Jelasnya, bahawa agenda utama Gerakan dan PN adalah menjaga kebajikan rakyat dan membantu untuk memulihkan ekonomi dengan secepat mungkin.

“Sekarang bukanlah masa untuk membincang pengagihan kerusi dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Ketika ini kita semua harus fokus dan beri keutamaan untuk menangani wabak Covid-19 dan merangka pelan pemulihan pasca pandemik,” katanya.

Katanya, Gerakan bersama dengan parti dalam PN akan berusaha memastikan keadaan negara pulih sepenuhnya, ini termasuk kesejahteraan rakyat.



Jika PN boleh ‘tarik’ Gerakan, mengapa tak boleh ‘tarik’ BERJASA, Putra?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker