[VIDEO] Welcome To The Club! Mark Adam! Ramai Suka, Mark Adam Ganti Shuib di Hot FM 🔥

Selepas dua minggu ‘bercuti’, akhirnya penyampai radio Hot FM, Fizie atau nama sebenarnya Mohamad Hafizie Roslan kini sudah mempunyai rakan penyampai baharu iaitu penyanyi terkenal, Mark Adam!

Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah kini secara rasmi sudah menjadi keluarga baharu Hot FM bermula pada 15 Februari.
Penyanyi lagu Amnesia itu telah mula keudara bersama Fizie pada 15 Februari bagi segmen Geng Pagi Hot (GPH) setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Ketika ke udara, Mark kelihatan segak memakai baju kemeja lengkap bertali leher serta blazer.

Lebih meriah ketika permainan Pisang Goreng diadakan, Mark berasa sangat teruja bagi memenangi game tersebut sehingga membuatkan para pendengar berasa terhibur.

Kerjaya berubah 360 darjah

Semestinya hal ini membuatkan para peminat selebriti kelahiran Filipina tersebut berasa teruja berikutan penampilan pertama  Mark sebagai penyampai radio selepas lebih banyak bergiat dalam bidang seni suara.

Menerusi Mstar, Mark mengakui bahawa  kerjayanya berubah 360 darjah selepas menerima tawaran menjadi penyampai radio. Walau bagaimanapun dia berasa teruja untuk keudara bersama Fizi selepas ini.

“Kerjaya saya berubah 360 darjah. Semasa ditawarkan untuk menjadi penyampai Hot FM, saya fikir banyak kali sebab ini bukan saja kerjaya tapi tanggungjawab perlu saya galas.” Katanya

Dalam masa yang sama, Mark turut berasa bersyukur dengan rezeki dan peluang yang diterimanya ketika ini kerana ini merupakan kali pertama beliau bergelar penyampai radio.

Apa pun tahniah buat Mark yang kini sudah menjadi keluarga baharu Hot FM, nampaknya lepas ni Mark akan melalui minggu ‘orientasi’ lah ya sebagai junior baharu di konti!

Tahniah & selamat datang Mark!

Melihat daripada komen netizen diruangan Instagram Hot FM, ramai yang gembira dengan kehadiran Mark kerana merasakan penyanyi tersebut mempunyai bakat menghibur dan rata-rata daripada mereka mendoakan agar dia terus maju jaya bersama GPH.

Takde Shuk pun okey

Aduhai kelakar la Mark

Semoga berjaya Mark Adam!

Terhibur lah dengan geng baru ni

Dalam masa yang sama, Mark turut berasa bersyukur dengan rezeki dan peluang yang diterimanya ketika ini kerana ini merupakan kali pertama beliau bergelar penyampai radio.

Apa pun tahniah buat Mark yang kini sudah menjadi keluarga baharu Hot FM, nampaknya lepas ni Mark akan melalui minggu ‘orientasi’ lah ya sebagai junior baharu di konti!

Sumber: Hot.fm & Instagram

Isu Curang : Shuk Sahar Digantung Sementara Dari 🔥Hot FM🔥

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker