2 ‘polis’ ditahan kurang 24 jam selepas samun lelaki


KOTA BHARU: Polis menahan dua suspek tengah hari tadi, tidak sampai 24 jam selepas seorang lelaki membuat laporan yang dia disamun penjenayah menyamar sebagai pegawai polis di Kampung Pauh Sembilan, Bachok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok Mohd Yusrizal Mohd Ghazali berkata, dalam kejadian 12.30 tengah malam tadi, seorang lelaki berusia 31 tahun memberitahu dia berada di atas motosikalnya dekat dengan sebuah gerai menjual burger apabila didatangi dua lelaki menaiki Proton Waja sambil menjerit “polis”.

Dalam kenyataan, beliau berkata suspek kemudian turun dari kenderaan dan terus merampas beg lelaki itu yang diletakkan dalam raga motosikal, sebelum melarikan diri.

Katanya, bertindak atas maklumat, satu pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah ibu pejabat polis daerah (IPD) Bachok berjaya mengesan suspek di kawasan Tawang, Bachok dan menahan kedua-dua mereka yang berumur 25 dan 33 tahun itu, antara 11 pagi dan 1 tengah hari tadi.



Mohd Yusrizal berkata, polis juga berjaya merampas Proton Waja biru dan barang digunakan bagi tujuan samun termasuk sebilah parang berhulu plastik warna biru dan sebilah pedang samurai serta wang tunai RM742 dipercayai hasil samun.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut, dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 395/506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan Dan Letupan Senjata Berbahaya 1958,” katanya. Bernama

Pasangan kekasih dicekup selepas samun warga emas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker