Lelaki ‘kantoi’ seludup rokok, bertembung polis sebab sesat jalan


Gara-gara sesat jalan, polis berjaya membongkarkan aktiviti menyeludupan 400 karton rokok yang dipercayai dibawa masuk ke negara ini tanpa cukai kastam oleh seorang lelaki di kawasan kebun kelapa sawit di tepi jalan Junjong.

Ketua Polis Daerah Kulim, Azhar Hashim, berkata suspek dipercayai kurang arif dengan laluan di daerah ini mengaku menggunakan laluan tikus untuk mengelak melalui sekatan jalan di setiap daerah sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

Memetik laporan Berita Harian, suspek dipercayai tersesat di kebun tepi jalan Junjong kerana tidak menemui jalan keluar sebelum terserempak pasukan polis yang melakukan operasi sehingga membawa kepada penangkapan tersebut.

“Lelaki itu ditahan dan hasil pemeriksaan dalam kereta itu menemui 400 karton rokok yang dipercayai diseludup masuk ke negara ini. Berikutan itu, suspek bersama rokok itu dirampas dan dibawa balik ke IPD Kulim untuk tindakan lanjut,” katanya.

Suspek yang memandu kereta Perodua Alza turut dilaporkan cuba untuk melarikan diri namun gagal disebabkan permukaan jalan dalam kawasan kebun itu tidak rata dan menyukarkan pergerakan kenderaannya.

Selepas disoal siasat, suspek memberitahu rokok itu dibawa dari selatan tanah air untuk dijual di sekitar kawasan utara. Anggaran 400 karton rokok yang dirampas bernilai RM28,000 dan kereta Perodua Alza itu turut dirampas untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 bagi tangkapan dan rampasan rokok yang dibuat.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada 10 kali ganda dan tidak lebih daripada 20 kali ganda atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya sekali. FMT

Jual rokok seludup kepada pelajar guna kod rahsia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker