Gelaran Datuk ditarik balik, Farid Kamil terima dengan rasa hormat


PELAKON, Farid Kamil menerima dengan penuh rasa hormat keputusan pihak Istana Pahang untuk menarik balik gelaran Datuk yang dikurniakan kepadanya sebelum ini.

Menurut Farid, sejak 16 Disember 2017, dia amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Datuk yang dikurniakan oleh Istana Pahang.

“Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.

“Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada saya,” katanya.



Farid turut memberitahu yang dia kini sedang dalam perancangan untuk memasarkan filem Remp-it 2 yang bakal menemui penonton tahun ini.

Petang tadi, Setiausaha Kerajaan Pahang memaklumkan penarikan balik gelaran Datuk yang diberikan kepada Farid dan seorang lagi pelakon iaitu Boy Iman.

Penarikan balik gelaran tersebut adalah berikutan kedua-dua mereka mempunyai kes di mahkamah.

Untuk rekod, Farid sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2 Jun lalu.



Hukuman tersebut dijatuhkan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, tiga tahun lalu. SM

Farid Kamil, Boy Iman ditarik balik gelaran Datuk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker