Lelaki disyaki bunuh isteri pertama lepas ‘kantoi’ video Tik Tok


Seorang lelaki disiasat atas tuduhan membunuh isteri pertamanya, setelah terlibat dalam pergaduhan berkenaan satu rakaman video Tik Tok membabitkan lelaki berkenaan dengan isteri keduanya.

Berdasarkan kenyataan polis, suspek utama, lelaki warganegara asing berusia 29 tahun, mengaku berkali-kali menumbuk dan menampar mangsa, seorang wanita warganegara asing berusia 40 tahun, sehingga tidak bergerak, sebelum meninggalkan tempat kejadian.

“Suspek utama mengaku telah bergaduh dengan mangsa pada 8 Feb jam lebih kurang 10 malam apabila mangsa telah melihat suspek utama membuat video Tik Tok bersama suspek kedua (dikatakan isteri keduanya).

“Dalam pergaduhan tersebut, suspek telah menumbuk dan menampar mangsa berkali-kali hingga mangsa tidak bergerak lagi.

“Seterusnya, suspek membiarkan mangsa sendiri dan terus keluar dari rumah menuju ke Klang,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal dalam satu kenyataan hari ini.

Kat Nik Ezanee, polis menemui kesan lebam di tubuh mangsa setelah menerima makluman orang awam tentang kematian mangsa di Flat Pelangi Damansara, Petaling Jaya, pagi semalam.

Katanya, punca kematian masih belum dikenal pasti, namun mayat mangsa telah pun dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Menurutnya lagi suspek utama ditangkap pada jam 3.10 petang semalam di sebuah tapak pembinaan di kawasan Stadium Kuala Lumpur.

Ia membawa kepada penahanan suspek kedua beberapa jam kemudian, seorang wanita warganegara asing berumur 45 tahun di sebuah tapak pembinaan di Taman Klang Utama, Klang.

“Suspek kedua mengaku beliau adalah isteri kedua kepada suspek utama sejak bulan November 2020,” kata Nik Ezanee.

Polis turut merampas beberapa barang daripada suspek pertama iaitu beg galas mengandungi wang tunai RM200, dua utas jam tangan, serangkai kunci, powerbank; pakaian suspek; dan dua buah telefon bimbit – salah satunya merupakan milik mangsa.

Daripada suspek kedua pula, polis merampas beg pinggang mengandungi wang tunai RM728 dan serangkai kunci; sebuah telefon bimbit; seutas rantai emas dan sepasang anting-anting emas.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama enam hari dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana kesalahan membunuh. Mk

[VIDEO] “Tolong lah, Dah 3 Series Dah Pun” Video Tiktok Shila Amzah Dikecam Netizen Gara-Gara Aksi ini….

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker