Ada apa pertemuan rahsia ahli parlimen UMNO bersama Presiden?

 

Ada apa pertemuan rahsia ahli parlimen UMNO bersama Presiden? Pemimpin atasan Umno mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen mereka di Kuala Lumpur ketika muncul spekulasi mengenai mereka akan menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin.

Ketika berita ini ditulis sumber memberitahu pertemuan tersebut sedang berlangsung di Wisma Perwira iaitu sebuah bangunan dimiliki tentera.

Lokasi itu memang dianggap luar biasa kerana membabitkan pemimpin parti politik dengan ahli parlimen. Ibu Pejabat Umno pula – yang menyaksikan kehadiran ramai wartawan petang tadi – terletak hanya kira-kira 10 minit memandu dari situ.

Pertemuan tertutup malam ini adalah yang kedua berlangsung membabitkan sejumlah besar ahli parlimen Umno selepas kali pertama diadakan pada Sabtu lalu di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Apa yang membezakan pertemuan malam ini, kata sumber, ialah kehadiran Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang hadir atas jemputan.

Untuk rekod pada 21 Jun lalu Umno memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membuka semula parlimen selepas digantung atas alasan darurat.

Tengah hari tadi Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan bahawa parlimen akan bersidang pada 26 Julai ini.

Menurut kenyataan tersebut sidang berkenaan diadakan untuk memberi penerangan kepada ahli parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan sidang secara hibrid diadakan pada tarikh yang lain.

Menurut PMO kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong agar memanggil sidang Dewan Rakyat selama lima hari iaitu mulai 26 hingga 29 Julai, dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat sebelum diikuti sidang Dewan Negara pada 3 hingga 5 Ogos.

  • Menurut PMO sepanjan lima hari bersidang itu ahli parlimen perlu berdebat dan mengundi mengenai:
  • Pengisytiharan Darurat
  • Ordinan Darurat (Kuasa Penting) 2021
  • Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021
  • Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021
  • Ordinan Darurat (Kuasa Penting) (No. 2) 2021
  • Ordinan Darurat (Kuasa Penting) (Pindaan) 2021
  • Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021
  • Ordinan Darurat (Tabung Amanah Negara) (Pindaan) 2021

Putrajaya juga berjanji untuk memastikan pengisytiharan darurat dan ordinan darurat akan “dibentangkan” di kedua-dua dewan parlimen untuk memenuhi Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Tidak dapat dipastikan apakah Putrajaya berhasrat untuk membahaskan dan mengundi proklamasi serta ordinan darurat seperti yang disebut secara khusus oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Jun lalu.

Ada apa pertemuan rahsia ahli parlimen UMNO bersama Presiden?

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Selamat Tinggal Muhyiddin’ Puad Zarkashi yakin UMNO akan keluar kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker