Tragedi Uttarakhand: Hishamuddin ucap takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan India

MALAYSIA berduka cita terhadap tragedi glasier pecah di Himalaya sehingga mengakibatkan kematian di negeri Uttarakhand, India.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyatakan keprihatinan terhadap kerajaan dan rakyat India.

“Kami mendoakan pemulihan kepada yang mengalami kecederaan dan bagi mereka yang hilang untuk bersatu semula dengan keluarga mereka,” katanya melalui ciapan Twitter, pada Selasa.

Terdahulu, dalam kejadian pada Isnin glasiar pecah itu menyebabkan aliran air merempuh ke sungai mengakibatkan gelombang besar dan menjejaskan kekuatan empangan.

Aliran air yang laju dan kuat memusnahkan jambatan dan jalan raya di negeri Uttarakhand.

Media tempatan melaporkan kira-kira 150 pekerja di loji jana kuasa dikhuatiri maut.

Agensi penyelamat memindahkan penduduk kampung dan cuba memasuki terowong yang terkambus kerana ada pekerja di dalamnya.

Leave a Reply