Peruntukan untuk MP pembangkang memang tak pernah ada sejak merdeka

Peruntukan untuk MP pembangkang memang tak pernah ada sejak merdeka

Peruntukan yang tidak disalurkan kepada pembangkang tidak boleh dilihat sebagai strategi kerajaan untuk menekan Ahli Parlimen daripada blok itu, sehingga mengalih sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganalisis politik dari Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Dr Mazlan Ali, berkata peruntukan kerajaan untuk pembangkang tidak pernah ada sejak merdeka atau termaktub dalam perlembagaan.



Sebarang peruntukan kepada kawasan pembangkang dibuat melalui perbelanjaan pembangunan di bawah belanjawan setiap tahun.

4 MP BERSATU beralih sokong PM tak kental, tak tahan lasak

Pada masa sama, Mazlan turut menyifatkan empat Ahli Parlimen BERSATU yang menyokong kerajaan sebagai tidak kental kerana wakil rakyat pembangkang, terutama ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) mampu terus kekal dengan pendirian mereka walaupun tanpa peruntukan.

“Saya lihat Ahli Parlimen ini tidak begitu tahan lasak. Ketika Datuk Seri Anwar menjadi pembangkang selama berpuluh tahun, tiada pun masalah. Begitu juga dengan PAS dan DAP, yang menunjukkan mereka ini kental.



“Ahli Parlimen BERSATU ini kebanyakannya orang baharu dan masih ada budaya politik selesa kerana sebelum ini menjadi kerajaan. Apabila menjadi pembangkang dan tiada peruntukan, sudah mula rasa susah.

“Tiada istilah peruntukan untuk pembangkang. Jadi jika ada yang mendakwa ini strategi kerajaan dengan tidak memberikan peruntukan, itu tidak betul kerana memang tiada peruntukan untuk pembangkang, kecuali ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, melalui Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) yang dimeterai kerajaan dan pembangkang,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa tindakan empat Ahli Parlimen BERSATU menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri disebabkan ketiadaan peruntukan daripada kerajaan.

Ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli), yang menyokong Perdana Menteri atas alasan untuk kepentingan pengundi dan pembangunan di kawasan masing-masing, namun masih kekal bersama BERSATU.



Mazlan turut mencadangkan supaya pembangkang berbincang dengan kerajaan secara baik berkenaan peruntukan, seperti yang dicadangkan Perdana Menteri sebelum ini.

“Alasan yang digunakan Ahli Parlimen yang menukar sokongan ini adalah peruntukan. Bagi saya, jika orang ini setia dan masih hormat pada pemimpin, mereka tidak akan buat begitu, secara mudah memberi sokongan kepada Anwar, musuh Muhyiddin (Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Soal nak beri peruntukan, boleh, tiada masalah. Maksudnya atas budi bicara kerajaan, sama ada di pusat atau negeri, tapi bukan pembangkang mesti dapat. Ini yang ada orang salah faham,” katanya.

Pada masa sama, Mazlan turut melihat situasi yang berlaku dalam BERSATU berpunca daripada tindakan parti itu yang tidak meminda perlembagaannya supaya selaras dengan Akta Lompat Parti, seperti yang dilakukan parti lain.



Perlembagaan BERSATU tidak menyatakan keguguran keahlian secara automatik jika wakil rakyat mereka memberi sokongan kepada parti lain tanpa menyertai parti lain atau isytihar keluar parti.

“Apabila Ahli Parlimen BERSATU ini menyokong Perdana Menteri, mereka menukar whip tapi masih ahli BERSATU, keahlian mereka tidak gugur dan tidak menjejaskan kedudukan Ahli Parlimen.

“Ini yang mendorong lebih ramai menyokong Perdana Menteri kerana tiada masalah,” katanya. BH

Peruntukan untuk MP pembangkang memang tak pernah ada sejak merdeka



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker