Wallahi, tak betul – Peja

Wallahi, tak betul – Peja

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

“Wallahi, tak betul,” katanya kepada BH hari ini, merujuk dakwaan ada perjumpaan membabitkan pimpinan BERSATU dan Anwar yang dikaitkan dengan isu sokongan ahli Parlimen parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu kepada Perdana Menteri.

Bekas Menteri Besar Perak yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebaliknya melihat dakwaan demikian sebagai fitnah dan antara usaha untuk mencetuskan salah faham serta memecahkan BERSATU.

“Saya lihat ada usaha nak lihat perpecahan dalam BERSATU, terlalu banyak fitnah ditaburkan yang boleh menyebabkan salah faham. Jika semua pimpinan semua peringkat dapat duduk semeja dan berbincang, saya fikir (BERSATU) akan OK,” katanya.

Ahmad Faizal atau Peja mengulas dakwaan beliau berjumpa Anwar di kediaman Perdana Menteri malam tadi, namun pihak yang membuat dakwaan berkenaan tidak tahu tujuan pertemuan terbabit.

Terdahulu, beberapa pemimpin BERSATU mendakwa perpecahan dalam parti itu hingga dikatakan wujud dua ‘kem’ makin parah dan mengundang kritikan ahli parti yang mempertikaikan apa keutamaan pucuk pimpinan.

Ia dikatakan bermula dengan episod empat ahli Parlimennya (MP) mengisytihar sokongan terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada November tahun lalu, disusuli dua lagi dan terbaharu, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.

Zulkafperi mengisyihar sokongan kepada Anwar pada Rabu lalu selepas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Jumaat lalu, Syed Abu Hussin mendakwa 10 lagi Ahli Parlimen BERSATU dijangka memberi sokongan kepada Perdana Menteri menjelang pembukaan sidang Parlimen pada 26 Februari ini, iaitu lima dari utara, tiga dari Pantai Timur serta dua, masing-masing dari Selangor dan Melaka.

Kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, langkah berkenaan kerana ahli Parlimen terbabit amat kecewa dengan parti, berasa tidak dihargai dan terjaga serta melihat parti tiada arah tuju yang jelas.

Isu berkenaan dipercayai antara agenda mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU di ibu negara, malam ini.

Sementara itu, seorang pemimpin BERSATU dari Selangor, ketika ditanya perkembangan semasa dalam parti, memberitahu jika keadaan ketika ini berterusan, beliau berpandangan lebih baik mereka kembali menyetai parti asal.

“Dalam BERSATU, ada pemimpin menampakkan seperti mereka suci, jumpa akar umbi kata tak ada duit, minta semua berkorban, tetapi mereka sendiri ambil keuntungan. Saya lihat selagi ada orang lama ada, susahlah ahli baharu nak naik.

“Namun, itu hakikat dalam mana-mana pertubuhan, siapa pun naik, yang penting organisasi mesti sihat. Macam UMNO, organisasi sihat, presiden kuat, ada hala tuju walau apa pun orang kata. UMNO kini dalam kerajaan, bukankah itu bukti UMNO kuat,” katanya.

Sementara itu, pemimpin BERSATU yang lain mendakwa, selain perjumpaan pemimpin tertentu dengan Anwar, ada juga desas-desus kemungkinan Datuk Seri Hamzah Zainudin digantikan sebagai setiausaha agung parti.

“Perpecahan dalam BERSATU makin parah, ada kemungkinan presiden lantik setiausaha agung baharu. Namun, presiden mungkin ambil langkah selamat dengan tolak dakwaan ada perpecahan dalam parti,” katanya.

Seorang pemimpin BERSATU dari Johor pula mempertikaikan pucuk pimpinan yang dilihatnya tidak meletakkan parti sebegai keutamaan, sebaliknya didakwa mengutamakan agenda peribadi sehingga mewujudkan ‘kem’ dalam parti.

“Ketika presiden mahu lepas jawatan semasa perhimpunan agung tahunan parti, mengapa yang lain tak bersuara, tegaskan perlu pertahan hala tuju parti. Sebaliknya mereka menangis sedih, kata sokong presiden, tapi kemudian ada gerakan untuk guling presiden,” katanya.

Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU 2022 November lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan parti, tetapi ia ditolak secara sebulat suara dalam usul perhimpunan berkenaan.

Usul daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU itu dibentangkan oleh Ahmad Faizal dan disokong Hamzah.

Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) kemudian menarik balik hasratnya dan membuat keputusan untuk memegang jawatan berkenaan untuk satu penggal lagi yang dianggap terakhir.

Mengulas lanjut dakwaan perpecahan dalam BERSATU, pemimpin parti dari Johor itu, mendakwa ada ahli Parlimen BERSATU menyokong Hamzah menggantikan Muhyiddin dan yang lain mahu Ahli Parlimen Pagoh dikekalkan, semua kerana kepentingan masing-masing.

“Ada kerana kepentingan perniagaan, ada mahu selamatkan diri daripada pendakwaan jenayah. Ada juga kerana mahu kuasa dan kedudukan dalam parti,” dakwanya lagi.

Sementara itu, Syed Abu Hussin mendakwa, mereka yang mahu menyatakan sokongan kepada Anwar dan Kerajaan Perpaduan, termasuk lima nama besar dalam BERSATU dan kini sedang mencari kaedah terbaik untuk berbuat demikian.

Beliau turut mempertahankan kenyataannya mengenai 10 Ahli Parlimen BERSATU yang didakwanya akan menyatakan sokongan kepada Anwar, iaitu tiga dari Kelantan dan Terengganu, lima dari Kedah, Perak dan Pulau Pinang serta tiga dari Selangor dan Melaka.

“Bagaimana dan bila, biar mereka buat keputusan sendiri, sama ada mahu jumpa Anwar dulu atau tunggu persidangan Parlimen akan datang. Apa pun cara mereka, tunggu sahaja, mereka akan sokong kerajaan,” katanya. BH

Wallahi, tak betul – Peja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker