Vaksin Covid-19 tingkat populariti Muhyiddin?

Selepas tinjauan yang mendapati kelulusan atau penerimaan orang ramai terhadapnya merosot, penganalisis berpendapat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu berkomunikasi dengan lebih baik dan memahami keperluan rakyat sebelum melaksanakan dasarnya.

Bagi penganalis politik Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia, hanya ada satu cara untuk Muhyiddin memperbaiki popularitinya iaitu dengan mendahulukan keperluan rakyat.

“Rakyat mahu isu dan keperluan mereka diselesaikan. Kalau itu boleh dilakukan popularti beliau akan meningkat,” kata Sivamurugan kepada FMT.

Beliau berkata, enam bulan pertama selepas mendapat kuasa, rakyat senang dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana ketika itu Malaysia dilihat sebagai negara yang mampu menangani wabak Covid-19.

Bagaimanapun, lima bulan kebelakangan ini ada ketidakseimbangan dalam usaha memerangi Covid-19 antara menguruskan ekonomi dan kesihatan – rakyat gusar terhadap ekonomi lemah dan kesihatan – dua aspek paling penting bagi setiap individu.

Muhyiddin, kata beliau masih cuba memberi bantuan dan dana untuk rakyat menerusi pelbagai pakej rangsangan tetapi ia sepatutnya dilakukan berdasarkan kumpulan sasaran.

Sivamurugan Pandian.

Ini boleh dilakukan dengan memperbaiki sistem serahan antara agensi yang menggubal dasar, pelaksana serta mereka yang menjaga kumpulan sasar, kata beliau.

Jika ini diselaraskan, menurut Sivamurugan komunikasi lebih baik boleh terjalin antara rakyat dengan kerajaan.

Menurut satu tinjauan oleh agensi pemikir yang diketuai rakan Muhyiddin dari PPBM, rating perdana menteri menurun.

Tinjauan Emir Research yang dibuat pada Dis 2020 menunjukkan hanya 35% responden melihat kerajaan Muhyididn berdaya maju-jatuh dari 43% pada Ogos tahun lalu.

Ia juga mendapati peningkatan mendadak iaitu dari 49% ke 62% setuju dengan pendapat wujudnya “masalah moral” dalam kalangan pemimpin politik negara ini.

Ketua Emir Research Rais Hussin memberitahu FMT, kerajaan perlu menjalinkan komunikasi dengan baik berhubung dasarnya dan apa yang mereka lakukan.

Muhyiddin mungkin tidak boleh membaiki populariti.

Seorang ahli PPBM memberitahu FMT, Muhyiddin mungkin tidak boleh memperbaiki rating beliau dengan cepat.

Rais Hussin.

Tidak seperti Najib Razak semasa menjadi perdana menteri, yang mampu mempertahnakan popularitinya walaupun diserang pembangkang sebelum pilihan raya Umun 2018, Muhyiddin mungkin tidak boleh melakukannya.

“Najib semasa jadi PM popular dengan menolong rakyat, menampilkan idea untuk rakyat dan melaksanakannya. Beliau kerap merapatkan diri dengan rakyat. Di samping itu Najib mempunyai kumpulan ‘cyber troppers’ untuk menyalurkan maklumat”.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menangkis serangan pembangkang mengenai skandal 1MDB yang menyaksikan beliau tewas pada PRU 2018.

Bagi Muhyiddin, mungkin beliau boleh menggunakan vaksinasi Covid-19 sebagai “penyelamat” dan menangani krisis kesihatan, dan ini boleh membuatkannya popular semula.

Dan bila “faktor selesa” terbit, Muhyiddin mungkin akan mengadakan pilihanraya tetapi kata ahli PPBM itu, ini gambaran “cantik” hanya di atas kertas. Realitinya banyak pertarungan yang mesti dimenangi.

Menurut beliau, rakyat kecewa menteri dan timbalan bebas melanggar peraturan yang berkuatkuasa semasa wabak melanda tetapi tindakan keras dikenakan terrhadap rakyat

Populariti Najib Meningkat Kerana Dah Ramai Nampak Kebenaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker