Populariti Najib Meningkat Kerana Dah Ramai Nampak Kebenaran

Minggu sudah, ada seorang Timbalan Menteri regim diminta wartawan memberikan komen tentang populariti Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat sekarang.

Bukan jawapan balas Timbalan Menteri berkenaan yang penting tapi bentuk pertanyaan itu sendiri sudah memberikan petunjuk bahawa di sebalik apa yang dihadapi beliau sekarang, ulasan Najib mengenai prestasi pentadbiran sekarang hampir setiap hari di akaun media sosialnya, mula mendapat perhatian rakyat.

Apatah lagi ramai netizen beranggapan, ada banyak keputusan regim yang “diuturnkan” selepas Najib buat kenyataan menegur di akaun medial sosialnya seperti mana isu kenaikan sewa kuarters kerajaan di Putrajaya kelmarin.

Ini sebenarnya mengimbau kembali perkara hampir sama dengan apa yang pernah berlaku kepada seorang mantan Perdana Menteri sekitar tahun 2006-2008 dulu.

Kritikan berterusan terhadap pentadbiran Paklah pada ketika itu di blognya, telah meningkatkan popularitinya dan diakhirnya dia dapat menjadi Perdana Menteri semula – walaupun dalam masa yang sama ia menyumbang kepada penurunan sokongan terhadap BN dalam beberapa pilihanraya umum selepas itu.

Tapi bukan itu persoalannya, persoalannya sekarang, adakah karma yang sama akan berlaku kepada Najib?

Kita tidak akan tahu kerana selain tidak punya upaya meramal masa depan, kita juga tidak pasti sama ada Najib mahu kembali menjadi Perdana Menteri.  Sebab kita tahu Najib bukan jenis gila kuasa seperti hamba Allah yang seorang tu.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker