Amaran ribut petir di 10 negeri petang hingga malam ini

Amaran ribut petir di 10 negeri petang hingga malam ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan 10 buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan hujan lebat berserta angin kencang dijangka akan melanda beberapa daerah di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 7 petang nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa daerah di negeri Kedah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Keadaan sama turut diramalkan berlaku di Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang),” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, keadaan sama turut dijangka akan melanda daerah Jeli di Kelantan.

“Sementara di Terengganu pula, cuaca sama diramal berlaku di Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

“Manakala di Pahang, kawasan terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” ujarnya.

MetMalaysia berkata, keadaan sama turut diramalkan berlaku di beberapa daerah di Negeri Sembilan seperti di Jelebu, Jempol dan Tampin.

“Manakala di Johor, daerah seperti Segamat, Mersing dan Kota Tinggi turut dikenakana amaran sama

“Sementara itu, di Sarawak pula, daerah seperti Mukah (Mukah), Kapit (Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh) turut dijangka akan berlaku hujan lebat berserta ribut petir. Sementara di Sabah pula kawasan yang diramalkan berlaku keadaan sama adalah di Tawau (Kunak dan Lahad Datu),” katanya.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. K Online

Amaran ribut petir di 10 negeri petang hingga malam ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker