Nama Neelofa kena petik lagi


Nama Neelofa kena petik lagi
Kenapa nama Neelofa kena petik?

Nama Neelofa kembali hangat dalam media sosial selepas tular sebuah berita mengenai seorang bapa mentua selebriti yang juga seorang ahli perniagaan dikompaun kerana mengadakan solat Jumaat secara berjemaah di sebuah premis di ibu negara semalam.

Meskipun, laporan berita tersebut tidak menulis nama mana-mana selebriti, terdapat segelintir netizen mendakwa ahli perniagaan tersebut ada kaitan dengan Neelofa.

Di ruangan komen berita tersebut, nama Neelofa antara yang disebut-sebut dan didakwa mempunyai kaitan dengan individu yang dikompaun itu.



“Tulis sajalah nama Neelofa kan senang,” tulis seorang netizen.

“Semua yang berkait hajah sorang tu semua sangkut langgar prosedur operasi standard (SOP), macam mana ni?,” luar seorang lagi pengguna Facebook.

Seorang lagi netizen meninggalkan komen,: “Sabarlah Neelofa apabila jadi orang terkenal”.


Komen yang ditinggalkan netizen di ruangan komen berita berkenaan.
Nama Neelofa kena petik lagi



Semalam, Kosmo! melaporkan seorang pemilik syarikat pembersihan dan kawalan keselamatan yang juga bapa mentua kepada selebriti wanita, dikenakan kompaun selepas berkumpul untuk solat Jumaat di pejabatnya di Taman Nirwana, Ampang.

Serbuan dilakukan oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, selepas menerima maklumat 12 lelaki termasuk enam lelaki warga asing berusia antara 23 hingga 60 tahun, berkumpul pada jam 1.30 petang di rumah kedai Taman Nirwana.

Difahamkan, pemilik syarikat tersebut ialah bapa dan mentua pasangan selebriti yang sebelum ini pernah dikenakan tindakan kerana melanggar SOP. K Online


Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Solat Jumaat di syarikat milik mentua selebriti



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker