Ada lagi baik daripada TMJ ke?


Ada lagi baik daripada TMJ ke?

“Siapa lagi yang ada rekod paling baik menguruskan pasukan sendiri dalam kancah bola sepak tempatan selain Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim?”

Itu persoalan yang perlu dijawab seandainya ada pihak yang tidak bersetuju dengan tawaran Tunku Ismail untuk mengendalikan skuad kebangsaan yang dibuktikan menerusi kejayaan beliau ‘mengangkat’ skuad Harimau Selatan menjadi pasukan terbaik di negara ini.

Justeru, pemerhati bola sepak tempatan, Dr Zulakbal Ab Karim melihat bos Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi individu paling tepat untuk berkongsi ‘sentuhan’ dengan skuad Harimau Malaya dalam misi untuk kembali ‘mengaum’ di pentas antarabangsa.



“Melihat kepada senario bola sepak tempatan, kita tidak boleh nafikan apa yang Tunku Ismail buat di JDT di mana beliau lakukan apa yang orang lain tak boleh lakukan. Tiada orang yang menjaga pasukan sebaik Tunku Ismail.

“Beliau membuktikan perancangannya berkesan dengan siri pencapaian yang diraih JDT. Mungkin ada yang sinis mengaitkan Tunku Ismail dengan kegagalan sebelum ini (Nelo Vingada) namun ketika itu, beliau memegang keseluruhan tampuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Tetapi kini beliau mahu tumpukan sepenuh perhatian pada skuad kebangsaan. Dengan banyak pengetahuan apabila bergaul bersama orang bola sepak di seluruh dunia, pasti beliau lebih arif berbanding sebelum ini.

“Sudah pasti apa yang pernah berlaku sebelum ini memberi pengajaran untuk beliau tampil dengan perancangan lebih baik. Dengan sokongan orang yang sayangkan bola sepak seperti Tunku Ismail, ini satu perkembangan positif khususnya untuk jangka masa panjang,” katanya.



Pada masa sama, Zulakbal yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu mengakui khidmat pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe wajar dikekalkan supaya dia dapat meneruskan ‘kerjanya’ di pentas Kelayakan Piala Asia.

“Kerja Cheng Hoe belum lagi habis, jadi FAM perlu terus memberikan kepercayaan kepadanya untuk membimbing pasukan di pentas Kelayakan Piala Asia. Namun kalau bos baharu mahukan perubahan, kita perlu terima jika itu yang akan berlaku.

“Kalaulah berlaku perubahan sekali pun, saya percaya ia tidak menjejaskan pasukan kerana sebagai pemain profesional, mereka perlu segera menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan sekalipun,” katanya.

Isnin lalu, Tunku Ismail menawarkan diri untuk menguruskan skuad Harimau Malaya selepas prestasi hambar pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.



“Kepada Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin), izinkan saya untuk memikul tugas dalam skuad kebangsaan. Saya akan sediakan mereka kemudahan latihan dan jurulatih terbaik.

“Saya tidak boleh menjanjikan kejayaan segera kepada anda. Tetapi saya dapat memberi jaminan mengenai peningkatan (prestasi pasukan),” katanya dalam ruangan Insta Story di laman akaun Instagram miliknya.

Ada lagi baik daripada TMJ ke?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Bell kasihankan Mubarak Majid kena scam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker