JPPM putus usul ‘top 2’ tak dipertanding adalah sah

JPPM putus usul ‘top 2’ tak dipertanding adalah sah

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) memutuskan Umno tidak melakukan sebarang kesalahan dengan meluluskan usul tambahan pada Perhimpunan Agung Umno 2022 supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan JPPM itu dimaklumkan oleh Kementerian Dalam Negeri menerusi surat kepada setiausaha agung parti itu.



JPPM berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

“Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menerima surat bertarikh 3 Mac yang memaklumkan keputusan menteri dalam negeri berhubung usul itu,” katanya dalam satu sidang media.

Menurut surat itu yang dibaca Zahid, Kementerian Dalam Negeri memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13 (1)(c) (14) melalui Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

Beliau berkata surat itu adalah satu keabsahan bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden Umno disahkan tidak dipertandingkan.



“Ini kerana semua klausa dalam perlembagaan parti juga turut diikuti oleh pengerusi tetap.

“Ini termasuk pengerusi tetap meminta perwakilan menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan usul itu,” katanya yang menambah 95% daripada perwakilan bersetuju.

Dalam Perhimpunan Agung Umno pada Jan lalu, parti itu meluluskan usul tiada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Bagaimanapun, JPPM pada bulan lalu dilaporkan menyiasat kemungkinan berlakunya pelanggaran perlembagaan parti selepas usul itu diluluskan.



Siasatan itu dibuat selepas dua ahli Umno memfailkan aduan kepada JPPM mendakwa tindakan membentangkan usul itu di perhimpunan agung melanggar Artikel 10 perlembagaan parti itu.

Mereka menegaskan bahawa, sesuatu usul perlu dibentangkan dua minggu sebelum perhimpunan agung, atau tujuh hari sekiranya ia dibentangkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi. FMT

JPPM putus usul ‘top 2’ tak dipertanding adalah sah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along



Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker