Tak masuk akal lelaki dipenjara 1,050 tahun kerana rogol, kata peguam

PETALING JAYA: Seorang peguam kanan menyifatkan hukuman penjara selama 1,050 tahun, yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki kerana merogol anak tiri berusia 12 tahun, sebagai “tidak masuk akal” kerana ia dikira sebagai hukuman penjara seumur hidup.

N Sivananathan tidak pernah melihat hukuman tahanan yang begitu lama kerana hayat pesalah tidak cukup panjang untuk selesaikan tempoh hukuman tersebut.

“Hakim mengabaikan prinsip hukuman terhadap tertuduh yang didakwa dengan banyak tuduhan bagi kesalahan yang sama. Ini tidak masuk akal kerana ia dikira hukuman penjara seumur hidup,” katanya kepada FMT.



Sivananathan berkata, ini adalah kes yang tepat dan wajar untuk dikaji semula dengan segera oleh hakim Mahkamah Tinggi bagi mengelakkan salah laksana keadilan.

Pada Rabu, seorang hakim Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara tersebut dan 24 kali sebatan ke atas penganggur itu kerana melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur sebanyak 105 kali dalam masa dua tahun.

M Kunasundary memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan, dengan hukuman dijalankan secara berturut-turut dari tarikh tertuduh ditahan pada 20 Jan.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, melakukan kesalahan-kesalahan tersebut di sebuah kediaman di Sungai Way, Petaling, Selangor, dari 5 Jan 2018 hingga 24 Feb 2020.



Seksyen 376B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun, serta sebatan.

Bapa Neraka: Rogol Anak 105 Kali, Dipenjara 1052 Tahun Dengan Sebatan Maksimum

Peguam V Vemal Arasan berkata, hakim sepatutnya memberi masa kepada tertuduh untuk mendapatkan khidmat guaman daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan untuk meringankan hukuman ke atas jenayahnya.



“Seorang peguam akan memberi pencerahan tentang prinsip hukuman dan menggesa mahkamah agar membenarkan hukuman penjara berjalan serentak,” katanya.

Vemal berkata tujuan hukuman itu adalah sebagai pembalasan dan pemulihan, bukan untuk mengecam pesalah.

Peguam Muhammad Rafique Rahid Ali berkata pada 2008, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dikepalai oleh Suryadi Halim Omar meminta hakim perbicaraan untuk menggunakan prinsip dan logik undang-undang yang ditentukan sebelum ini sebelum menjatuhkan hukuman kepada pesalah.

Dalam kes Tuan Mat Tuan Lonik lawan Pendakwa Raya, perayu dijatuhi hukuman penjara 75 tahun dan 50 sebatan rotan oleh hakim perbicaraan selepas dia mengaku bersalah atas lima tuduhan rogol.



Ketika rayuannya dibawa ke Mahkamah Rayuan, tertuduh berusia 48 tahun.

Suryadi, yang menulis penghakiman itu, berkata, sekiranya tertuduh menjalani hukuman 75 tahun penuh, dia akan berusia 123 tahun ketika dibebaskan.

Masukkan Jari Dalam Kemaluan Cucu Tiri, Datuk Dipenjara 8 Tahun 4 Sebatan



“Dengan sedia maklum bahawa dia tidak akan menjalani hukuman penuh, (hukuman sebegitu) bukan sahaja pelik tetapi melemahkan kebijaksanaan pengadilan. Sebarang hukuman yang tidak logik boleh mencetuskan penelitian dan komen negatif daripada orang ramai mengenai kejanggalan tindakan kita,” katanya.

Mahkamah rayuan mengubah hukuman tersebut kepada hanya tempoh penjara 30 tahun untuk Tuan Mat dan maksimum 24 kali sebatan, seperti yang diperuntukkan undang-undang.

Rafique menjangkakan dua timbalan pendakwa raya yang hadir untuk kes itu akan membantu hakim berkenaan undang-undang sebelum hukuman dijatuhkan kepada tertuduh.

Katanya, Ketua Hakim Brunei Steven Chong dalam satu penghakiman pernah berkata: “Pendakwa tidak bertindak untuk individu atau pihak tertentu. Kliennya bukan peguam negara atau kerajaan mahupun mangsa. Sebaliknya, kliennya adalah orang awam.”



Rafique berkata, justeru itu, peranan pendakwa mengecualikan konsep menang atau kalah tetapi disemai dengan nilai maruah dan integriti.

Penjara 64 tahun akibat seks ganas terhadap isteri, termasuk guna zakar palsu

Related Articles

One Comment

  1. Sanngup bapa merogol anak sendiri ? 150 kali selama dua tahun ? mana sifat kemanusiaan dalam diri tu ? Baguslah dapat hukuman yang sepatutnya.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker