Lima menteri dianugerah Datuk Seri, Datuk daripada Agong


LIMA anggota Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional antara yang diperkenakan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan yang membawa gelaran Datuk Seri, Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Pangkat Pertama, iaitu Seri Utama Mahkota Wilayah.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua, iaitu Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri.

Sementara Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Kanan (Pendidikan) Mohd Radzi Md Jidin turut menerima darjah kebesaran sama, iaitu darjah kebesaran pangkat ketiga, Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dr R Santhara Kumar, yang juga anggota Pusat Pengurusan Krisis Jawatankuasa Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan pula dianugerahi Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah atas sumbangannya memainkan peranan penting dalam memerangi wabak Covid-19.

Pengumuman penerima menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa hari ini.

Jumlah keseluruhan penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan adalah seramai 335 orang, dengan 6 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Pertama, 24 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Kedua, 81 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga.

“Seterusnya, 49 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Keempat, 76 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Kelima, 31 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Keenam dan 68 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Ketujuh,” katanya.

Menurut Annuar tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2021 sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa penularan pandemik Covid-19 dan akan dimaklumkan kepada penerima. SM

Anugerah pangkat tentera kepada ahli politik – Mat Sabu mudah lupa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker