Kumpulan berparang bergaduh di Cheras, 4 ditahan


Tular menerusi sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang telah mencederakan sekumpulan lelaki yang lain.

Polis menahan empat suspek disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan berkata polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki pada 6.37 petang.

“Terdapat tiga kereta yang ditinggalkan suspek/mangsa di tempat kejadian. Dua orang mangsa kini sedang dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil.

“Punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis. Kesemua suspek akan direman hari ini di Mahkamah Kajang bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejadian pergaduhan itu turut tular menerusi sebuah video yang memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang telah mencederakan sekumpulan lelaki yang lain.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes, boleh berhubung mana-mana balai berdekatan atau Pegawai Penyiasat ASP Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata serta Seksyen 148 kanun sama kerana memiliki senjata dan merusuh. Bernama

Anggota polis cedera ditumbuk, 10 lelaki direman bantu siasatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker