“Bangga menjadi Top 10 Youtube?”- Ustazah Asma’ Harun Tegur Video Muzik Separuh Bogel Nyanyian Aida Jebat.

Sebelum ini telah ramai yang memberi kritikan terhadap video muzik terbaru Aida jebat yang berjudul Parah. Pakaian penari dalam video muzik tersebut kelihatan sangat seksi dan tak sesuai buat tatapan ramai.

Rata-rata netizen menyamakan pakaian artis terbabit tersangatlah ‘parah’ sama seperti judul lagu barunya itu.



Malah ada juga yang menegur, gaya video tersebut diambil dari bawah ke atas sangatlah tidak sesuai kerana ia memperlihat beberapa bahagian wanita yang tidak sepatutnya.

Terbaru Ustazah Asma’ Harun seorang pendakwah bebas mula membuat satu hantaran di FB membuat teguran keatas ketidaksopanan video ini..

BUAT ADINDA ARTIS YANG DIHORMATI DAN DIKASIHI

Saya mendapat satu pertanyaan tentang diri seorang artis, lalu untuk kali pertama saya singgah di Page Rasmi beliau. Sungguh saya pernah suka dengan bakat dan dirinya.



Satu Musibah Yang Parah Ketika Di Negara Di Landa Pendemik Covid-19

Sungguh, saya terkejut dan terduduk sayu, atau mungkin kerana saya yang ketinggalan banyak Video Klip Muzik seumpama ini. Namun seingat atau setahu saya, belum pernah saya melihat video klip muzik yang dihasilkan oleh artis Melayu Islam hingga tahap ini.
Ini satu Musibah Ummah yang PARAH, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin PARAH, kalian menghasilkan sebuah video klip muzik yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bog3l, dengan rentak dan lenggok tarian yang menggairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan !

Sungguh dukacita ini bertambah, dalam situasi musibah pandemik dan pelbagai tanda akhir zaman dan kiamat semakin hampir, janganlah kalian menjadi sebahagian daripada penyubur Fitnah Akhir Zaman.

May be an image of text that says 'Parah Parah now trending No10 kat YouTube. Siapa tak tengok lagi ni? Banyak yang komen kata MV level Internasional. Korang rasa macam mana? #ParahParah #BikinSampaiJadi'



Top 10 Youtube tetapi menjatuhkan maruah

Kalian bangga menjadi Top 10 youtube, bangga dengan maksiat yang dilakukan secara terbuka, bangga menjatuhkan maruah Wanita Islam 😢, bangga menambahkan koleksi si pemuas nafsu ?.
Top 10 You Tube kerana nilai yang baik atau sebaliknya, kekuatan pada bakat atau maksiat ?. Saya tak pasti jika kalian fikir bahawa esok bila hari tua jika ingin taubat, bolehla dipadam, hari ni nikmati dulu hasil duniawi sementara masih hidup lagi, namun bagaimana jika mereka yang download dan jadikan simpanan peribadi ?.
Saya tahu kamu adalah seorang muslimah, saya tak pasti samada penari iringan islam atau tidak. Saya juga tak pasti, penerbit, pengarah, penyunting, penulis lirik, kareografi tarian dan semua pihak yang terlibat muslim atau tidak, namun kalian semua terlibat.

Allah SWT berfirman:
وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوٰىۖ وَلَا تَعَاوَنُوْا عَلَى الْاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۖوَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan kejahatan. Dan bertakwalah (takutlah) kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5:2]

Mohon Aida Jebat memadam Video Muzik Tersebut

Saya yakin kalian melakukan ini dalam keadaan tahu dan faham bahawa klip video muzik tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar samada dari sudut Islam ataupun adat Melayu kita yang penuh sifat malu, lembut dan sopan. Ia jelas adalah satu dosa yang besar.
Saya menuliskan ini daripada hati yang kasih akan kamu dan rasa hormat pada suami kamu. Ingatlah bahawa kemasyhuran, kekayaan, kasih cinta, pengaruh, bakat dan kecantikan bukanlah satu anugerah apabila digunakan untuk maksiat, ia adalah musibah !

Semoga dirimu kuat untuk padam video tersebut, sebelum ia mengambil bahagian tenang hidupmu, saat tidur malam, dosa masih berjalan 😢. Saya pasti kos penghasilannya sangat tinggi, kerugian tak boleh lari, namun ia amat berbaloi untuk nilai SyurgaNya 🤲.
Sedarkah kita, Sungguh Maha Baiknya Allah SWT, walau kita berbuat sesuatu yang dimurkaiNya, Dia tetap memberikan segala yang kita mahu dan perlu. Maka balaslah kasih sayang Allah dengan mentaatiNya.

Teguran Terbuka Kerana Tidak Di Endahkan



Maaf saya lakukan teguran ini secara terbuka, saya lihat sudah ramai yang menegur dan mengkritik video klip tersebut secara terbuka, bahkan di kalangan fans kamu sendiri mereka rasa tidak senang, teguran di media sosial kamu sendiri juga tidak diendahkan, bahkan dijawab dengan tidak rasa bersalah.

Namun saya tetap meletakkan sangkaan bahawa mungkin juga kamu tersilap untuk percaturan kali ini, terutamanya bahagian penari iringan, Kerana kamu sendiri penampilan yang tidaklah keterlaluan.

Saya juga bertanggungjawab dengan ruang yang Allah berikan kepada saya untuk melakukan Nahi Mungkar, iaitu mencegah kemungkaran. Jika saya hanya berbuat kebaikan namun meninggalkan cegah kemungkaran, maka saya benar-benar menzalimi diri sendiri.

Nasihat Buat Artis Tanah Air



DUHAI PARA ARTIS PENGHIBUR HATI
Iya, kalian diperlukan dalam persada seni, memenuhi keperluan fitrah insani, namun bukan dengan cara begini. Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati, janganlah ditangguh lagi hajat untuk kembali.

Adakah kalian bimbang tentang rezeki ?, adakah tiada tuhan untuk dicari, adakah serapuh itu keyakinan kita pada Ilahi, bukankah Dia Maha Memberi, bahkan daripada alam rahim hingga kini, Dialah yang mencukupkan segala keperluan kita tanpa henti 😢.
Mohon duhai semua artis tanah air, atas tiket apapun, pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, dll. Jadilah penghibur yang ada rasa tanggungjawab, tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia parah ini. Hentikan persembahan atau pertandingan maksiat, berunsur lucah dan menjatuhkan maruah.
Disana terdapat ramai artis hiburan yang membawa imej yang baik, berkaliber, berbakat, membawa diri dengan bijak, bermaruah, menjaga batasan, namun tetap mampu bertahan dan berjaya dengan cemerlang.

Diharapkan KEMENTERIAN KOMUKASI DAN MULTIMEDIA, PIHAK BERWAJIB, SENIMAN DLL turut boleh memainkan peranan dalam isu begini. Jika tidak dibendung dengan bersungguh, maka normalisasi akan berlaku.

Rasulullah SAW bersabda:



مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَىْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ
Maksudnya: “Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.”
Riwayat Muslim (1017)

“Sebaik baik manusia adalah yang mengajar kebaikan dan sejahat jahat manusia adalah yang mengajar kejahatan.
Orang yang pertama tadi kebaikannya terus mengalir hingga selepas kematiannya , dan orang kedua tadi pula kejahatannya terus mengalir hingga selepas kematiannya, tiada siapa yang dapat menghalangnya”.
(Syeikh Abdul Aziz Al-Toranfi)

Semoga kita semua sentiasa dalam taufiq hidayahNya..bersegera memohon keampunan dan rahmatNya

Asma’ binti Harun
31.01.2021

 

Meninjau ruangan komen

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit : FB Ustazah Asma’ Harun / Youtube / Network Trending

Peminat tegur pakaian Ayda Jebat terlalu seksi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker