Tergamak Rogol Bayi 18 bulan
Lombardy: Seorang lelaki di Bergamo, Itali sanggup menipu pihak berkuasa mengatakan anak teman wanitanya yang berusia 18 bulan cedera selepas bayi itu tertarik dan terkena alat pemanas.
Hakikatnya, bayi malang itu sebenarnya dirogol oleh lelaki itu yang membawa kepada kematiannya.
Gabriel Robert Marincat, 25, yang dianggap binatang keji sudah ditangkap dan didakwa memperkosa Sharon Barni dalam serangan seks ngeri yang membawa kepada kematian.
Dia ditahan selepas doktor yang memberi rawatan kepada Sharon Barni mendapati bayi itu sebenarnya didera secara seksual dan dipukul
Sharon Barni dikejarkan ke hospital dengan kecederaan parah selepas ditemui oleh neneknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan pakaian yang dipenuhi muntah.
Bayi itu meninggal di hospital pada 11 Januari lalu dengan kesan penderaan seksual, lapor media tempatan The Sun.
Hasil bedah siasat menunjukkan tanda kecederaan lain yang jelas berlaku sebelum ini dan tidak dirawat.
Polis kemudian menahan Gabriel iaitu teman lelaki ibu bayi itu.
Pada hari, Sharon Barni dimasukkan ke hospital, suspek mendakwa bahawa kecederaan yang dialami akibat bayi itu menarik alat pemanas dan terkena dirinya.
Gabriel mendakwa dia menyedari Sharon Barni sukar bernafas dan sakit ketika ditangkap oleh polis atas perintah Pejabat Pendakwa Raya Como yang memerintahkan bedah siasat dijalankan.
Pasukan forensik mengatakan laporan perubatan menolak kemungkinan bahawa kecederaan kanak-kanak sebelumnya mungkin tidak sengaja.
Ketika dia menyedari polis mencarinya, suspek melarikan diri ke pangsapuri ibunya di Lentate sul Seveso di wilayah Monza, menurut laporan.-The Sun