[VIDEO] Isu Curang Shuk 🔥HOT.FM.. “Dia Curang Dengan Izin Allah”, Lelaki Ini Dikecam Kongsi Pendapat Mengenai Isu Ini

Walaupun sudah hampir seminggu isu curang Shuk Sahar berlaku, ternyata masih ada lagi netizen yang sibuk membincangkan kisah curang pelawak dan juga Dj radio Hot.fm itu di media sosial.

Dengarnya kecoh di laman Twitter semalam, apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai Jazlie Dawani (@JazlieDawani) memuat naik satu video yang memaparkan tiga orang lelaki yang sedang sibuk membincangkan isu curang Shuk Sahar.

Jazlie dikatakan bengang selepas dia mendengar hujah yang disampaikan oleh salah seorang lelaki di dalam video itu, ini kerana hujah yang disampaikan lelaki itu dikatakan telah terjerumus kepada Aqidah Jabariah.

Baru seminggu pakai serban, dah cerita pakai hujah tuhan. Kau nak ikut ideologi “pergi mampus dengan mulut orang” lantak la. Tapi tak perlu nak ‘justify’ perangai buruk orang atas nama agama.

Tau tak apa yang kau cakap tu menjerumus ke dalam Aqidah Jabariah? ‘Real’ Penunggang Agama, Dika ni. – Tulis Jazlie di Twitter.

Selain Jazlie, lelaki yang bernama Dika itu juga telah membuatkan ramai netizen bengang apabila dia (Dika) dikatakan telah memberi hujah yang mengatakan “apabila seorang lelaki itu curang, itu adalah kerana izin Allah.”

Dika selalu tengok sesuatu benda itu dengan apa yang Allah gerakkan.

Dia tu curang dengan izin Allah, dia tu pergi rumah perempuan tu pun dengan izin Allah. Siapakah kita nak marah orang tu dengan izinya Allah, Allah maha mengetahui segala-galanya.

Dia curang sekali pun, Allah yang gerakkan diri dia macam tu pergi. – Antara kata-kata Dika di dalam video.

 

Setakat hari ini saja, posting yang telah dimuat naik oleh Jazlie itu telah mendapat lebih daripada 5,000 ‘retweet’ oleh netizen di Twitter.

Rata-rata netizen di Twitter juga dilihat turut meluahkan rasa tidak puas hati dan tidak bersetuju dengan dakwaan lelaki bernama Dika itu.

‘The understanding of God should not be from your perspective’, ini asas agama. Sedih sangat kalau dah sampai macam ni sekali tahap pemahaman dia pada agama-Oh!Media

Kredit: @JazlieDawani

One thought on “[VIDEO] Isu Curang Shuk 🔥HOT.FM.. “Dia Curang Dengan Izin Allah”, Lelaki Ini Dikecam Kongsi Pendapat Mengenai Isu Ini

  • February 1, 2021 at 16:09
    Permalink

    Seseorang yang dikenali, tetapi boleh bagi ulasan sebegini ? Boleh berkata tapi jangan salah cara.

    Reply

Leave a Reply