Shakilla hairan Fizi rahsiakan perkahwinannya

Shakilla hairan Fizi rahsiakan perkahwinannya

Pelakon, Shakilla Khoriri hairan akan tindakan bekas suaminya, penyampai radio, Fizi Ali yang merahsiakan perkahwinanya pada Isnin.

Menurut Shakilla, pada malam sebelum pernikahan, Fizi ada bertemunya untuk berbincang mengenai anak, Ameena Sofia dan memaklumkan untuk membawanya ke taman tema air.



“Saya tak ada isu dia nak bernikah atau apa. Tapi, saya tak tahu nak cakap macam mana bila orang tanya saya.

“Saya pernah tanya dia (tentang bila berkahwin) dan dia cakap, ‘soon’ (nanti). Saya tak tahu dia bernikah dan tak ada ucapan apa-apa,” katanya menerusi sebuah perkongsian pesanan suara di Tiktok.

Namun begitu, Shakilla enggan terlalu berlebihan mengulas tentang isu itu kerana takut dituduh belum ‘move on’.

“Saya pun tak berani cakap lebih-lebih. Kalau cakap lebih-lebih nanti, orang salah faham dan cakap cakap saya tak ‘move on’ dan macam-macam lagi. Tak apalah.



“Doakan sahaja yang baik-baik untuk dia dan pasangan. Semoga dia bertenang, berbahagia dan tak ada isu apa-apa lagi,” katanya.

Sebelum ini, penyampai radio, Fizi Ali, tampil mengejutkan peminat-peminat menerusi pengumuman pernikahannya di Instagram dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Tiz pada Isnin. Utusan

Shakilla hairan Fizi rahsiakan perkahwinannya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker