Gaza semakin tenat

Gaza semakin tenat

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi beberapa rumusan keadaan terkini di Gaza, Palestin setakat semalam menerusi kumpulan Telegramnya.

Dapat dilihatnya, Gaza seperti semakin ‘tenat’ apabila pelbagai serangan tanpa henti menyasarkan kemusnahan bangunan serta kematian penduduk di sana yang memasuki hari ke-24.

Menurut Muhammad Nadir, Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa serangan pengeboman tanpa henti rejim Israel ke atas Gaza telah membawa kepada tahap kemusnahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau sebelum ini pernah mengeluarkan amaran keras bahawa sejarah akan menghukum masyarakat dunia jika gencatan senjata tidak dilaksanakan di Gaza.

Bagaimanapun, terbaharu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan tegas menyatakan, Israel tidak akan sama sekali melakukan gencatan senjata dalam usaha mencapai keamanan pada perang dengan Hamas yang berlanjutan hampir empat minggu itu dan akan terus melanjutkan peperangan sehingga menang.

Lebih menyedihkan lagi, Muhammad Nadir memaklumkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak dapat membekalkan semula segala kelengkapan hospital di utara Gaza meskipun banyak hospital telah kehabisan stok ubat dan peralatan rawatan sekali gus mengancam nyawa pesakit yang sedang dirawat.

Pada ketika ini, hospital-hospital di Gaza bergelut menerima ribuan penduduk cedera atau terkorban dalam satu masa akibat diserang tentera Israel namun, kurang daripada 20 peratus rakyat dapat dirawat mengikut prosedur yang betul.

Kementerian Kesihatan Palestin pada 24 Oktober memberitahu Sistem penjagaan kesihatan di hospital di Semenanjung Gaza kini lumpuh sepenuhnya apabila sebanyak 12 hospital dan 32 pusat penjagaan kesihatan terpaksa menghentikan perkhidmatan.

Tambah Muhammad Nadir, setakat semalam, sekurang-kurangnya seramai 8,306 rakyat Palestin telah terkorban di Gaza dalam serangan rejim Israel sejak 7 Oktober dan lebih 1,400 orang terbunuh di negara haram Israel.

“Serangan udara rejim Israel telah mengebom Hospital Turki dengan teruk, mengundang kecaman hebat dari Ankara.

“Bulan Sabit Merah Palestin berkata gudangnya telah rosak dalam serangan rejim Israel,” katanya. K Online

Gaza semakin tenat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker