Ekonomi AS menguncup 3.5 peratus pada 2020, terburuk dalam 74 tahun
KONOMI Amerika Syarikat (AS) menguncup sebanyak 3.5 peratus pada 2020.
Ini adalah penguncupan pertama sejak krisis kewangan 2008 dan terbesar sejak 1946.
Menurut laporan Reuters, hampir kesemua sektor mencatatkan penguncupan tahun lepas.
Perbelanjaan pengguna yang menyumbang lebih dua pertiga daripada ekonomi AS menguncup 3.9 peratus pada tahun lepas.
Pada suku keempat, ekonomi Amerika tumbuh 4 peratus berbanding pemulihan yang dicatatkan pada suku ketiga sebanyak 33.4 peratus.
Reuters melaporkan, ekonomi AS dijangka kembali ke paras sebelum pandemik pada suku kedua tahun ini.
Pakar turut menjangkakan ekonomi terbesar dunia itu akan mendapat lonjakan daripada pelan rangsangan Presiden Joe Biden bernilai ASD1.9 trilion dan program vaksinasi.
Sementara itu, jumlah pemohon untuk bantuan pengangguran kekal tinggi pada minggu lepas iaitu kira-kira 847,000 orang.
KDNK Malaysia dijangka menguncup kepada 3.1 peratus – Bank Dunia