Pemimpin UMNO kaya raya bermula zaman Mahathir

 

Dakwaan seorang Felo Majlis Profesor Negara, kononnya 99 peratus daripada Ketua UMNO Bahagian adalah jutawan, merupakan tuduhan dangkal yang sengaja hendak menjatuhkan maruah parti terbesar orang Melayu.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menegaskan, tuduhan yang dilemparkan Dr. Muhammad Asri Mohd Ali itu tidak lebih bersifat provokasi untuk menunjukkan UMNO kini kononnya tiada integriti, mengamalkan politik wang dan rasuah masih berleluasa.



Beliau menyifatkan, kajian yang dilakukan felo berkenaan bukan di era Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memegang jawatan Presiden UMNO.

Sebaliknya, kata beliau, kajian itu adalah pada tahun 2002 atau 19 tahun lalu, yang mana ketika itu zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan pada masa sama mengetuai UMNO selama lebih dua dekad.

“Kelmarin, dalam satu video call dengan Ketua Pemuda UMNO, seorang profesor telah sengaja membuat kenyataan provokasi dengan menyatakan mengikut kajiannya 99 peratus daripada Ketua Bahagian UMNO adalah jutawan.

 



“Bukan sesuatu yang mengejutkan jika politik wang berleluasa pada ketika era Dr. Mahathir walaupun beliau bertegas menentang politik wang, tetapi hakikatnya dialah yang membentuk sistem politik wang di Malaysia.

“Sebelum Dr. Mahathir, ketika zaman (Allahyarham) Tunku Abdul Rahman sehinggalah kepada (Allahyarham) Tun Hussein Onn, politik wang tidak galak berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam Forum Vurtual Bicara Anak Muda: Masa Depan Malaysia ke Mana Kita, pada Rabu lalu, Dr. Muhammad Asri selaku moderator menyatakan kajiannya mengenai taraf hidup Ketua-ketua UMNO Bahagian, yang boleh dikatakan bergelar jutawan.

Ahli panel forum itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki secara spontan menjawab, beliau tidak pasti dengan sejauhmana betul kajian itu, kerana pada tahun 2002, beliau masih belajar.



Forum virtual itu turut menampilkan Ahli Parlimen Muar yang juga Presiden Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose.

Mengulas lanjut, Isham menjelaskan, jika benar kajian dibuat Dr. Muhammad Asri pada tahun 2002, beliau pasti sebahagian besar daripada pengikut tegar yang kaya raya ketika zaman Dr. Mahathir itu bukan lagi dalam UMNO kini.

Katanya, besar kemungkinan kini mereka berada dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) atau menyokong kuat dua parti berkenaan.

“Oleh itu, soalan profesor ini sepatutnya dituju kepada Dr. Mahathir dan konconya dalam Bersatu atau Pejuang serta kroninya, bukan UMNO kini. – MG



https://mykmu.net/2018/02/08/anak-mahathir-yang-jutawan-rakyat-di-bawah-makan-kuah-sahajalah/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker