Raja dadah Asia diberkas di Belanda


AMSTERDAM – Bos sindiket jenayah terbesar Asia yang juga antara orang paling dikehendaki di dunia telah ditangkap di Belanda manakala pihak berkuasa Australia kelmarin mendesak dia diekstradisi untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Polis memburu raja dadah Tse Chi Lop, 57, bertahun-tahun sehingga dia ditangkap polis Belanda pada Jumaat lepas atas permintaan Polis Persekutuan Australia.

Dalam satu kenyataan kelmarin pihak berkuasa Australia berkata, seorang lelaki yang sangat dikehendaki oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang telah ditangkap. Seorang jurucakap polis mengesahkan bahawa namanya ialah Tse Chi Lop.

Lelaki warganegara Kanada berketurunan Cina itu digelar ‘El Chapo Asia’ merujuk kepada raja dadah Mexico, Joaquin Guzman yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di sebuah penjara Amerika Syarikat.



Jurucakap polis Belanda, Thomas Aling mengesahkan bahawa seorang suspek yang berada di tempat teratas senarai orang buruan polis Eropah (Europol) tekah diberkas pagi Jumaat lalu selepas pesawat dinaikinya mendarat di lapangan terbang Schipol, Asmterdam.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan dari mana penerbangan itu berlepas.

“Prosedur ekstradisi akan dilakukaan atas permintaan Australia.

“Australia ‘berbesar hati untuk menerima lelaki budiman ini,” katanya.



Tse Chi Lop dinamakan oleh Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) sebagai ketua kartel mega Asia dikenali sebagai Sam Gor yang merupakan pengeluar dan pembekal global dadah methamphetamine

Sam Gor dipercayai megubah wang dadah bernilai berbilion-bilion dolar menerusi perniagaan yang tumbuh di rantau Sungai Mekong di Asia Tenggara termasuk kasino, hotel dan hartanah.

Satu kajian UNODC menyatakan bahawa Sam Gor menjana pendapatan haram bersih berjumlah lebih AS$60 bilion (RM242.7 bilion) setahun. K Online

Siar gambar lama di Belanda, Khairuddin mahu saman portal berita



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker