Hotel milik syarikat k’jaan dicadang jadi pusat kuarantin Covid-19

 

Exco Pemuda Umno Mustafa Shah Abdul Hamid mencadangkan hotel-hotel milik syarikat kerajaan menjadi pusat kuarantin sementara bagi menampung jumlah pesakit Covid-19 yang ramai.

Jelasnya, ini bagi mengatasi kegusaran peningkatan penularan selepas Kementerian Kesihatan memutuskan untuk membenarkan pesakit Covid-19 tahap 1 dan 2 menjalani kuarantin di rumah sendiri.

“Di sini saya ingin mencadangkan agar syarikat-syarikat milik kerajaan yang mempunyai perniagaan hotel, turut sama membantu kerajaan ketika ini dengan membenarkan premis mereka digunakan dan dijadikan sebagai pusat kuarantin bagi menampung lambakan pesakit Covid-19 semasa.



Tambah Mustafa, sekiranya terdapat pihak swasta yang turut berhasrat membantu bagi tujuan sama, kerajaan wajar mengecualikan cukai tahunan kepada mereka.

“Begitu juga sekiranya pihak swasta yang ingin turut melibatkan diri menaja mana-mana hotel bajet untuk tujuan yang sama dan dicadangkan untuk dikecualikan cukai tahunan sebagai timbal balik atas komitmen membantu kerajaan memerangi pandemik ini.

“Ianya secara tidak langsung dapat membantu perniagaan hotel yang terjejas kini,” katanya lagi.



Arahan kuarantin kendiri bagi individu tidak bergejala itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada hujung Disember lalu susulan masalah kekangan katil.Hotel Kerajaan

Ia berikutan peningkatan kes yang mencecah empat angka setiap hari.

Sementara itu, Mustafa juga mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semua premis kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kini kosong supaya dijadikan pusat kuarantin sementara.

“Sekiranya fasiliti ini diguna kelak, ia sedikit sebanyak akan membantu kerajaan menangani lambakan pesakit Covid-19 di seluruh negara dan menjimatkan kos untuk mewujudkan pusat-pusat kuarantin baharu bagi tujuan tersebut,” kata ketua pemuda Umno Kuala Kangsar itu.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker