Pengakuan Ketua Agama Yahudi, Vaksin COVID-19 Boleh Buatkan Lelaki Jadi Gay

Baru-baru ini kita telah dihidangkan satu berita hangat diperkatakan di media sosial mengenai seorang ketua agama atau rabbi Yahudi yang berpengaruh di Israel, Rabbi Daniel Asor dengan kenyataan yang mengejutkan!

Suntikan vaksin Covid-19 buatkan lelaki jadi gay

Seorang ketua agama Yahudi di Israel telah mengeluarkan kenyataan bahawa suntikan vaksin COVID-19 ini berpotensi untuk mengubah seseorang lelaki normal untuk cenderung menjadi gay atau suka sesama jantina.

Menurut sumber, Daniel mendakwa bahawa fenomena virus COVID-19 dan vaksin juga merupakan agenda rahsia untuk mengawal dunia dengan membentuk undang-undang baru atau New World Order (NWO) yang didalangi persatuan rahsia Illuminati, Freemason dan pengasas Microsoft Bill Gates.



Difahamkan, perkongsian syarahan Daniel mengenai vaksin COVID-19 memberikan kesan kepada gay ini dibocorkan oleh seseorang individu yang tidak dikenal pasti di internet. Perkongsian tersebut tular dan menjadi bahan jenaka oleh netizen di alam maya.

 

Dilaporkan, seramai 17,000 penduduk Israel telah menerima suntikan kedua vaksin COVID-19 dan menghairankan tiada seorang pun yang dilaporkan berubah personaliti untuk menjadi gay seperti kenyataan yang dikeluarkan Daniel itu-BawangRangers

Mati Dalam Pelukan, Ahli Arkeologi Jumpa Rangka ‘Romeo Dan Juliet’ Berusia 3,000 Tahun Lalu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker