Gimnasium luncur ais negara China mula menghasilkan ais
BEIJING: Penghasilan ais berdasarkan penggunaan teknologi mesra alam tercanggih di dunia dilancar di Gimnasium Luncur Ais Negara, dikenali ‘Reben Ais’ (Ice Ribbon)
Menerusi teknologi itu ia berupaya menghasilkan lorong luncur ais untuk kegunaan perlumbaan rasmi.
‘Reben Ais’ menjadi simbolik kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, dan satu-satunya gimnasium yang baharu dibina untuk acara perlumbaan ais.
Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing mengundang seorang pakar terkenal membuat ais bagi mengetuai satu kumpulan terdiri juruteknik dari dalam dan luar negeri untuk memastikan kualiti ais mencapai piawaian sukan olimpik.
Selain itu, ‘Reben Ais’ merupakan gimnasium luncur ais sukan olimpik musim sejuk yang pertama di dunia yang menggunakan teknologi membuat ais berdasarkan teknologi “cross-critical karbon dioksida”, yang dianggap teknologi paling mesra alam di dunia pada masa ini.
Pelepasan karbonnya hampir sifar, manakala keberkesanannya dalam menghasilkan ais sangat tinggi.
— BERNAMA
Semua gimnasium di Kuching diarah tutup serta merta