Semua gimnasium di Kuching diarah tutup serta merta

Semua gimnasium awam dan persendirian di daerah Kuching diarahkan ditutup serta merta.

Keputusan dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak susulan peningkatan kes positif COVID-19 di daerah itu.

Menurut Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, selain gimnasium, semua restoran dan bistro di sana juga hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam berkuatkuasa 29 Oktober 2020 (Khamis).

“Seterusnya bagi perhimpunan orang ramai untuk majlis sosial dan rasmi di Kuching, hanya 200 orang jumlah maksimum dibenarkan.



“JPBN Sarawak menegaskan kepada pihak penganjur supaya memastikan cecair pembasmi kuman disediakan, mengamalkan penjarakan fizikal dan semua yang hadir diwajibkan memakai pelitup muka,” tambahnya.

Selain itu, Uggah turut menjelaskan bahawa penutupan pusat hiburan di Sarawak yang diumumkan pada 27 Oktober 2020 meliputi pub, bar, disko, dewan tari, kabaret dan pusat karaoke.

Pada Rabu, JPBN Sarawak mengumumkan pertambahan 27 kes positif COVID-19 baharu di Kuching menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif di daerah berkenaan yang masih menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) kepada 81 kes.

Kuching setakat ini juga merekodkan empat kluster aktif COVID-19 melibatkan Kluster Bah Arnab, Kluster Baki, Kluster Seladah dan Kluster Greenhill yang baru diumumkan sebentar tadi. Awani



Semua sekolah dan institusi pengajian di Kuching ditutup 2 minggu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker