Langgar Babi di Tapah, seorang pekerja restoren makanan segera maut

TAPAH: Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Hentian Rehat dan Rawat di sini, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang melanggar seekor babi di KM59 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur tengah malam tadi.

Mangsa, Muhammad Rasidi Shamsuddin, 35, meninggal dunia di lokasi yang merupakan jalan persekutuan akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian pada kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu, mangsa dalam perjalanan balik ke rumahnya di Bidor, di sini dari tempat kerja.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa melanggar seekor binatang dipercayai khinzir sehingga terbabas dan cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans yang datang,” katanya dalam kenyataan hari ini

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat pagi ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker