[VIDEO] Otai Masih Berbisa…Penebar Roti Canai Perform Menyanyi Sambil Menebar, “Steady abang tarik…”
Bagi sesetengah orang, mereka mempunyai kelebihan suara yang merdu ketika melakukan nyanyian. Tidak kiralah sama ada suara halus atau sebaliknya, kalau sudah hebat memang terserlah suaranya. Tanpa sebarang peralatan pun boleh onz!
Menerusi rakaman tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menyampaikan sebuah lagu bertajuk Niat Di Hati Tak Nak Berpisah dari Kumpulan Arrow di sebuah kedai makan secara terbuka. Seorang lelaki itu telah memberikan mikrofon kepada beliau. Tanpa disangka-sangka, nyanyian penebar roti canai itu betul-betul menusuk kalbu apabila dia memiliki suara yang sangat merdu dan power.
Lebih menjadi tumpuan apabila dia juga turut santai menyanyikan lagu berkenaan sambil menyiapkan roti canai yang dibuatnya.
“Steady abang tarik sambil tangan tebar roti canai”,.Ternyata, rakaman terbabit telah membuatkan ramai warga netizen yang berasa kagum dengan kebolehan suaranya di samping ada yang turut memuji kehebatan yang dimiliki.
Lelaki tersebut adalah bekas Vokalis dari Kumpulan Arrow Renggo.
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=xQUA1YcRF20[/embedyt]
PASIR PUTEH: Dulu menyanyi dan menghiburkan peminat, kini tidak menang tangan melayan pelanggan serta ligat menebar roti canai di sebuah kedai di Kampung Sungai Petai di sini.
Begitulah rutin kehidupan bekas vokalis Kumpulan Arrow, Renggo yang jauh berbeza berbanding 26 tahun lalu demi sesuap rezeki terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu.
Pemilik nama sebenar, Mohd. Zain Ramli, 51, yang dilahirkan di Perak namun dibesarkan di Kelantan itu berkata, berniaga dan menebar roti canai bukan perkara baharu bagi dirinya kerana sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.
Menurutnya, selain menyanyi, dia pernah mengusahakan restoran dan menjalankan pelbagai perniagaan di ibu kota dengan memegang prinsip perniagaan satu sunnah dalam mencari rezeki halal.
“Sebagai anak seni, semangat menyanyi masih berkobar-kobar walaupun terpaksa bersaing dengan artis pelapis yang kian bercambah sama ada menerusi program realiti mahupun Instafamous atau pelbagai aplikasi laman sosial.
“Usia saya kian meningkat, itu lazim bagi sebuah kehidupan dan saya tidak boleh berpeluk tubuh kerana sekarang berstatus duda terhangat di pasaran dengan tujuh anak dan empat daripadanya masih dibangku sekolah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Renggo mengakui, 18 lagu hits Arrow seperti Aku Tak Marah, Terimalah Sayang Cintaku Seadanya, Sendu Di Hatimu Rindu Di Hati Ku dan Di Mana Senyummu masih menjadi siulan peminat dan dia masih gagah untuk mendendangkannya semula.
Dibantu dua anaknya yang berusia 11 dan 13 tahun mengurus kedai makan itu, Renggo berkata, sebelum ini dia berniaga roti canai di Kajang, Selangor namun disebabkan wabak Covid-19, perniagaannya merosot.
“Saya ke Kelantan kerana rakan karib minta saya berniaga di sini. Lagi pun kos hidup di Kelantan lebih murah berbanding di ibu kota.
“Alhamdulillah, jualan roti canai saya di sini laris sehingga lebih 200 keping sehari, itu pun belum memenuhi permintaan pelanggan.
“Kuah dan sambal bilis saya masak sendiri. Angkat dan ambil pesanan dibantu sepenuhnya oleh anak-anak. Saya hanya menebar roti,” ujarnya.
Renggo berkata, ketika PKPB, ramai pelanggan yang membeli secara bungkus, selebihnya pelanggan tetap yang turun dari masjid yang berdekatan. – UTUSAN
Kredit: Youtube Nick Yie
You must be logged in to post a comment.