Doraemon Stand By Me 2 saksikan perkahwinan Nobita, “Happy for you…”

Doraemon adalah siri kartun Jepun pertama bagi ramai individu terutamanya golongan 90an. Kisah yang menceritakan tentang robot kucing dari masa depan yang menjadi rakan baik seorang pelajar sekolah itu menyerikan zaman kanak-kanak kita baik dalam bentuk komik mahupun siri anime.

Sepanjang membesar kita mengikuti kisah Nobita yang mempunyai masalah akadamik dan sering dibuli di sekolah, di samping menaruh hati kepada rakan kelasnya Shizuka.

Nobita akan meminta pertolongan Doraemon untuk melalui cabaran-cabaran ini dengan mudah, walaupun dalam setiap pertolongan alat-alat canggih dari poket Doraemon yang diterimanya memberikannya pengajaran yang penting.

Setelah bertahun-tahun menyaksikan Nobita dimarahi ibunya kerana keputusan peperiksaannya yang teruk, dibuli oleh Gian, mencemburui kekayaan Suneo, dan cuba mengorat Shizuka, peminat siri tersebut tidak lama lagi bakal menyaksikan Nobita memulakan kehidupan sebagai lelaki dewasa.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Lz-HUqdjJWc[/embedyt]

Kesinambungan dari filem Doraemon Stand by Me yang keluar pada 2014, Stand by Me 2 telah ditayangkan di pawagam Jepun November lepas dan tidak lama lagi peminat dari luar Jepun juga bakal dapat menyaksikan filem itu.

Malah apa yang menarik perhatian ramai adalah Nobita akhirnya mengahwini Shizuka dalam filem kedua ini membuat ramai gembira dengan kesudahan kisahnya itu. Malah Neelofa dan Fedtri Yahya pun meluahkan rasa gembira untuk watak tersebut.

 

Poster filem itu yang tular juga menunjukkan Doraemon menangis, mungkin kerana Nobita tidak lagi memerlukan pertolongannya.

Nobita kahwin dulu sebelum aku…

nak sangat tengok Nobita dgn Sizuka kahwin …

Lagi sedih…

Kredit: HCL

Bantah Aksi ‘Tak Senonoh’ Nobita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker