Rogol dua anak kandung: Bapa durjana dipenjara 426 tahun, 240 sebatan

 

MELAKA: Seorang penyelia syarikat pelaburan dijatuhi hukuman penjara 426 tahun dan 240 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan hukuman penjara itu berjalan serentak dan berperingkat dari tarikh tertuduh ditangkap pada 18 September 2022, lantas menjadikan hukuman keseluruhan berjumlah 45 tahun dan maksimum 24 sebatan.



Hakim Nariman Badruddin membuat keputusan itu selepas mempertimbang pengakuan bersalah dan rayuan tertuduh, fakta kes, keterangan impak mangsa serta hujah pendakwaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang berusia 56 tahun itu melakukan tindakan jijik berkenaan di kediamannya di dalam daerah Melaka tengah sejak kedua-dua mangsa berusia 12 tahun.

Tertuduh turut menggunakan alat mainan seks terhadap mangsa selain berani melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya berada di rumah.

Perbuatan itu terbongkar selepas isterinya melihat tertuduh sedang merogol anak keduanya dalam sebuah bilik pada 5 September 2022.



Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari memohon hukuman berat dengan tempoh pengasingan yang lama dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang didakwa atas 28 pertuduhan itu merayu mahkamah mengambil kira keadaan kesihatannya yang merosot, selain telah insaf dan mendakwa keluarganya sudah memaafkan perbuatannya berkenaan.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan, tertuduh dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret kerana mengugut untuk membunuh isteri dan anak-anaknya.

Majistret Mazana Sinin mengarahkan hukuman tersebut berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap.



Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang bapa mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen di sini atas 28 pertuduhan membabitkan kesalahan merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual terhadap dua anak kandungnya, sejak tujuh tahun lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor



Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker