Pecah panggung! Polis Evo 3 kutip RM3.4 juta hari pembukaan

Filem terbaharu Polis Evo 3 membuktikan kemampuan mengganas di pawagam apabila meraih lebih RM3.4 juta pada hari pertama tayangannya, kelmarin.

Naskhah aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu mengetepikan filem antarabangsa, Fast X dengan kutipan melebihi dua kali ganda pada hari pembukaan 25 Mei lalu, sekaligus mendominasi carta kutipan panggung.

Penerbit Eksekutifnya yang juga Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menganggap kejayaan filem itu sebagai permulaan baik serta membuktikan filem tempatan mampu memberi saingan sengit kepada judul antarabangsa.

“Syukur Alhamdulillah, sokongan penonton terhadap Polis Evo 3 amat luar biasa. Kami amat berbesar hati apabila peminat memilih karya tempatan untuk dijadikan tontonan.

“Momentum positif ini membuktikan penonton kita masih meletakkan kepercayaan pada karya tempatan. Kami harap peminat berpuas hati serta terhibur selepas menonton filem Polis Evo 3.

Kejayaan filem tempatan mengatasi kutipan judul antarabangsa selaras slogan Polis Evo 3 iaitu Kita Lagi Kuat Boh,” katanya.

Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures menduduki tangga pertama dalam kelompok 10 filem teratas yang mengaut kutipan tertinggi di GSC selepas sesi tayangan awal.

Selain Zizan dan Shaheizy, barisan pelakon lain ialah Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Plot berkisar misi Inspektor Khai lakonan Shaheizy atau Sam dan Inspektor Sani (Zizan) yang kembali dengan cabaran menjejaki bekas anggota polis, Reza yang ingin membalas dendam.

Kali ini pasukan merekq disertai Inspektor Dani lakonan Syafiq, Inspektor Julie (Farali) serta Inspektor Dell (Lim) yang mempunyai kepakaran berbeza.

Polis Evo yang ditayangkan pada 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta manakala Polis Evo 2 yang ditayangkan pada 2018, memungut lebih RM23 juta. –

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker