Netizen kecam aktivis hak asasi manusia, lagi suka tentera ambil tindakan


BEBERAPA kumpulan pejuang hak asasi manusia dilaporkan kurang senang dengan kerajaan memberikan kuasa kepada tentera untuk menahan orang awam dan pendatang haram.

Bagaimanapun, kumpulan berkenaan kembali dikecam netizen apabila mempertikai kerajaan bertindak demikian terutama dalam menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia.

Tindakan penguatkuasaan melibatkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat sebagai kerajaan serius menagani masalah pencerobohan sempadan dan pihak ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebagai contoh, portal berita Malaysiakini melaporkan kumpulan pejuang hak asasi manusia tidak bersetuju ATM diberi kuasa menahan parti.

Antara alasan dikemuka adalah pemberian kuasa kepada ATM mencerminkan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) serta pihak berkuasa lain gagal menjalankan tugas mengawal sempadan negara.

Bagaimanapun, dalam perkongsia menerusi Facebooknya sejak semalam, hantaran berkenaan mengundang lebih 2,400 komen netizen.

Malah, rata-rata mereka setuju dengan tindakan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Hak asasi mesti disenarai hitamkan kerana mencampuri kedaulatan (urusan) negara Malaysia, mereka tidak habis nak menegakan hak asasi yang bukan-bukan, jadi apa yang kerajaan lakukan adalah terbaik,” kritik Mohd. Fairuz Baharuddin.

“Kerajaan tidak perlu mendengar suara NGO yang bersuara untuk menafikan tindakkan barisan hadapan negara. Kita pertahankan tanah tumpah darah kita daripada segala bentuk pencerobohan atau ganggu gugat keselamatan negara tanpa kompromi,” kata Nazir Edd.

“Kerajaan tidak memerlukan pendapat mereka untuk menangkap pendatang asing (tanpa izin) yang sewenang-wenangnya masuk ke negara kita kerana mereka juga penyebab Koronavirus (Covid-19) merebak,” komen Che Noriah.

Demikian antara komen-komen netizen yang menyelar tindakan daripada kumpulan pejuang hak asasi manusia berkenaan dalam usaha mengekang pencerobohan sempadan ketika negara sedang berhadapan dengan gelombang ketiga pandemik.

Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan anggota tentera diberi kuasa selaras Ordinan Darurat untuk mengambil tindakan kepada penceroboh sempadan dan orang awam ingkar PKP.

Kuasa tersebut dimaklumkan sama seperti polis mengikut Kanun Acara Jenayah (KAJ) bertujuan membantu menangani penularan wabak Covid-19.

Sementara di Facebook Berita Harian pula, perkongsian artikel bertajuk ‘Minta timbang semula kuasa tentera tahan orang awam’ turut mengundang kritikan netizen kepada kumpulan pejuang hak asasi manusia.

Rata-rata mereka menganggap tindakan kumpulan aktivis itu lebih gemar membiarkan orang awam melakukan kesalahan berbanding bersama-sama membendung wabak Covid-19.

“Aku lagi suka klu askar yang jaga, sebab PKP ini pun, ramai yang masih keluar sesuka hati. Especially pekerja asing,” kata Maizatul Akhma Akhma.

“Apa pula masalahnya kalau ATM diberi kuasa untuk menahan dan menangkap pesalah. Mereka tahu bagaimana untuk melaksanakan tangkapan mengikut peraturan undang-undang yg sedia ada.

“Telah terbukti ATM melaksanakannya dengan cemerlang.

“Contoh, sudahah beribu tangkapan terhadap PATI dan penyeludupan di sempadan berjaya ditahan atau ditangkap oleh ATM. Jangan keruhkan keadaan,” ujar Sintaro Abm.

“Eloklah macam itu, baharu tahu kuasa tentera. Tentera pun bukan suka-suka dan senang-senang nak buat benda tak baik.

“Yang degil dan kurang ajar memang dapatlah. Teruskan wahai tentera,” komen Dzaiqlie Rie. SM

Hak asasi manusia merosot di bawah PN – laporan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker