Desak Zahid berundur tak ubah seperti pembangkang – Jamal


Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan Presiden UMNO tidak ubah seperti kenyataan daripada pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menegaskan, pendirian sayap UMNO Bahagian itu mirip kehendak pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini yang mahu Ahmad Zahid dihukum.

“Apa bezanya dengan parti-parti yang lain kalau dilihat DAP sendiri ada Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Amanah, semuanya orang-orang lama, begitu juga Pejuang ada Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga PKR (Anwar Ibrahim).

“Ia amat mendukacitakan dan satu perbuatan tidak beradab kerana UMNO mempunyai sistem demokrasi yang mana pemilihan dilakukan setiap tiga tahun atau masa yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi UMNO,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohd Helmi yang disiarkan di media semalam meminta Ahmad Zahid berehat daripada memimpin parti Melayu itu dengan rasa hormat.

Menurut Mohd Helmi, pendekatan pemimpin mesti ada perubahan yang ketara mengikut arus zaman.

Katanya, langkah berundur perlu turut sama dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO lain yang sudah berpenggal-penggal memegang jawatan kepimpinan tertinggi, sekali gus memberi ruang dan peluang kepada generasi baharu menggalas tanggungjawab itu.

Dalam pada itu, Jamal tidak menolak kemungkinan gesaan berundur itu sebenarnya datang daripada pemimpin UMNO Bahagian Pontian sendiri

“Perbuatan beliau ini bagi saya adalah menjurus kepada persepsi atau peranan seseorang yang menyuruh beliau mengeluarkan kenyataan tersebut,” dakwnya.

Susulan gesaan itu juga, pemimpin sayap UMNO Bahagian itu perlu melepaskan jawatannya terlebih dahulu sebelum menyuruh pemimpin veteran dalam UMNO menuruti kehendaknya.

“Sebagai seorang pemimpin kena menghormati sistem demokrasi di mana yang menang bertanding dalam parti perlu meneruskan tugas beliau sehingga pemilihan akan datang.

“Bayangkan kalau ada kepimpinan di peringkat bahagian beliau membuat kenyataan media minta beliau juga berundur kerana tidak ada apa-apa yang dilakukan oleh beliau sebagai Pemuda di peringkat bahagian beliau,” tegasnya.

Jamal percaya gesaan yang dibuat oleh Mohd Helmi itu tidak mewakili sayap UMNO itu, apatah lagi tidak mencermin pendirian rasmi parti itu.

“Perbuatan beliau ini sangat memalukan lebih-lebih lagi di saat akhir untuk negara kita berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk Covid-19, bencana banjir dan sebagainya.

“Bagi saya Datuk Zahid perlu menggalas tanggungjawab sebagai presiden parti hingga pemilihan akan datang kerana kemenangan beliau adalah hasil daripada sokongan ahli-ahli parti,” katanya lagi. MG

Gesa Presiden UMNO Berundur, Saya Rela Berkorban Jika Diambil Tindakan

Related Articles

2 Comments

  1. Desak Zahid berundur?…..bukan dia saja tetapi SELURUH kepimpinan yg terlibat dgn “klaster mahkamah” perlu berundur jika mahu UMNO kembali sebagai parti utama bagi orang melayu.

    UMNO perlu kpd kepimpinan baru seperti Tok Mad N9, KJ dan yang lain2.

    Tak kan tak pandai “baca” kehendak ahli2. Nampak benar “tak cerdik” dlm berpolitik…..

  2. Sama mcm pembangkang tak mengapalah,jgn sama mcm Pembangang seperti kau tu Jamal Jamban oiii.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker