Surat perjalanan sekali mohon untuk tempoh sepanjang PKP

TUMPAT: Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau tiada majikan, boleh memohon surat kebenaran perjalanan untuk tempoh sepanjang 10 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Selain itu, ketua balai polis akan ditempatkan di setiap sekatan jalan raya (SJR) secara bergilir bagi memudahkan orang ramai mendapatkan surat kebenaran rentas daerah atau negeri tanpa perlu hadir ke balai polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata dua perkara itu adalah antara penambahbaikan yang dilakukan polis kontinjen Kelantan dalam penguatkuasaan semula PKP di negeri ini yang berkuat kuasa tengah malam tadi hingga 26 Januari ini.

“Penambahbaikan itu dilakukan untuk melancarkan proses permohonan surat rentas daerah atau negeri dengan syarat perlu mengemukakan bukti mereka bekerja sendiri atau pekerja harian tiada majikan,” katanya di Pasir Pekan di sini, tengah malam tadi.



Selain itu, bagi memudahkan individu dalam kecemasan, Shafien turut berkata surat kebenaran perjalanan itu juga boleh dimohon di lokasi sekatan jalan raya yang diadakan di negeri itu.

“Sebelum ini mereka perlu ke balai terlebih dahulu untuk minta kebenaran, tapi kali ini kita permudahkan kaedah ini, …dengan syarat mereka mesti mengemukakan bukti sahih kenapa mereka memerlukan kebenaran pergerakan itu,” katanya.

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker