“Untuk 4 tahun Bersama. Terima Kasih Atas Perkahwinan Ini”- Pelakon Mia Ahmad
Pelakon, Mia Ahmad bukanlah asing buat penonton drama tempatan apabila dia yang juga antara pelakon yang cukup disukai dan terkenal menerusi drama Hati Perempuan membuatkan dia sering menjadi tumpuan di media sosial.
Biarpun kurang dilihat menerusi kaca televisyen namun Mia Ahmad juga antara selebriti yang menggunakan laman sosial Instagram untuk berkongsikan perkembangan dia kepada umum yang mana pelakon jelita ini mempunyai hampir 900,000 pengikut.
Walau bagaimanapun juga, Mia Ahmad kini semakin bahagia disisi suami yang merupakan seorang pemain bola sepak iaitu penjaga gol yang dikenali sebagai Mohd Izham Tarmizi.
Mia Ahmad dan pasangannya itu berkahwin pada 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata dimana anak sulungnya diberi nama Sayf Issa manakala pada tahun lalu pula mereka selamat menimang baby girl yang diberi nama Iris.
Pelakon jelita ini bagaimanapun kelmarin menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat dan Mia menerusi ruangan Instagram berkongsikan momen itu dengan memuat naik foto dan ucapannya.
Sehingga melalui perkongsian Mia Ahmad di media sosial miliknya itu membuatkan peminat dan pengikut diruangan komen pula dapat mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan Happy Anniversary terhadap mereka.
Happy anniversary to both of you. Semoga kekal sampai ke syurga
Happy anniversary Mia & Miji. Semoga Allah kurniakan…
Happy anniversary moga keluarga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah
Kredit: HCL
Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat – Nora
You must be logged in to post a comment.