RCI Batu Puteh buang masa – Zaid
RCI Batu Puteh buang masa – Zaid
Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim hari ini mengkritik Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Batu Puteh sebagai membuang masa yang tidak akan menyaksikan ‘sekeping batu sebesar padang bola sepak’ dikembalikan kepada Johor.
Dalam catatan di X, beliau juga mempersoalkan RCI yang ‘dipolitikkan’, mengatakan ia tidak akan mencapai apa-apa selain daripada pemeriksaan semula mengapa kerajaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tidak meneruskan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa ( ICJ) mengenai Batu Puteh.
“(Semakan) akan menjadi sia-sia – membuang masa. Tiada kes pernah berjaya dalam semakan.
“Tetapi sejak keputusan itu dibuat oleh Mahathir, mereka yang membencinya kini berpeluang untuk memburukkan beliau secara terbuka dengan meminta suruhanjaya ini meneliti semula mengapa kerajaan terdahulu tidak meneruskan semakan semula,” katanya.
Mahathir semalam memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu semakan kehakiman bagi menyingkir bekas ketua hakim negara, Raus Sharif, sebagai pengerusi RCI berhubung Batu Puteh.
Beliau juga mahukan suatu mandamus yang memerintahkan RCI tujuh anggota itu membenarkan peguamnya hadir sepanjang prosiding, menyerahkan kepada peguamnya semua dokumen dan senarai saksi, dan menjalankan prosiding secara terbuka kepada umum.
Zaid berkata keputusan ICJ mengenai Batu Puteh semuanya telah diselesaikan kerana hakim telah bertindak berdasarkan surat pada 1953 daripada pemangku setiausaha kerajaan negeri Johor yang mengesahkan bahawa negeri itu tidak mempunyai tuntutan terhadapnya.
Beliau berkata hakim juga diyakinkan bahawa ia adalah hak milik British dan seterusnya Singapura sebagai penggantinya.
“Kenapa kita tidak boleh menerima keputusan itu? Kerana politik dan, saya mengesyaki, beberapa permusuhan peribadi terlibat.
“Suruhanjaya ini tidak boleh melakukan lebih daripada (periksa semula kerajaan terdahulu). Ia tidak akan dapat membuatkan ICJ menyemak semula perkara itu atau mengembalikan Batu Puteh kepada Johor.
“Ia akan menjadi urusan yang mahal tanpa hasil yang nyata untuk ditunjukkan,” kata Zaid. FMT
RCI Batu Puteh buang masa – Zaid
Baca Artikel Menarik:
- RTM rehatkan Don Daniyal
- OKU dicederakan pengiring TMJ dirakam keterangan di Bukit Aman
- Mahkamah benar Najib, Wan Rosdy fail afidavit
- Lelaki larikan kereta dan warga emas di stesen minyak ditahan
- Pyan Habib dalam kenangan
- Itu rumah saya, bukan surau – pemilik Kg Sri Makmur lapor polis kenyataan PTD Gombak
- Suami BCL seleweng dana syarikat
- Penyamun larikan kereta bersama warga emas dirakam CCTV [VIDEO]
- https://mykmu.net/2024/06/04/keluarga-melayu-islam-makan-babi-kerana-kesilapan-penghantar-makanan/
- ‘Saya nak papa, mama’ – Anak sulung pasangan suami isteri maut undang sebak [VIDEO]
- ‘Kami tidak keluar Bersatu, hanya mahu peruntukan kerajaan’ – MP Bersatu
- Cliff Umar akhirnya bersuara selepas kantoi
- Polis sahkan menembak mati 2 lelaki di RnR Tanjung Malim
- Filipina sedia berperang jika rakyatnya dibunuh di laut China Selatan
- Ibu bapa Zayn Rayyan kini disyaki suspek pembunuhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.