Siapa nak beli akaun twitter meh masuk tender, sindir Adibah Noor

Terkini di My KMU !!!!---->


PENYANYI dan pelakon Adibah Noor secara sindiran mempelawa mana-mana agensi kerajaan yang berminat untuk membeli akaun twitternya secara tender.

Sindiran itu dipercayai ditujukan kepada sebuah agensi kerajaan yang didakwa membeli akaun Twitter milik seorang individu sebelum dijadikan sebagai profil media sosial rasmi.

“Pengikut saya awesome, baik hati dan jenis ‘pakai’ otak. Audiens saya pun sama.

“Ciapan saya pun kadang tu dapat beratus ribu views/likes/rt walaupun Twitter tak bayar saya satu sen pun. Siapa nak beli… meh masuk tender,” katanya.

Sebelum itu kecoh apabila akaun twitter rasmi milik sebuah badan kerajaan memuat naik hantaran yang jelik.

Ekoran itu, seorang pengguna media sosial tampil mengaku akaun tersebut miliknya sebelum ia dijual kepada individu tidak dikenali.

Memetik laporan Malay Mail, pemuda berkenaan tidak mengetahui bahawa akaun yang dijual akan menjadi profil rasmi media sosial sebuah badan kerajaan. SM

Leave a Reply