Amanah sedia rampas kerusi Bersatu dalam PRU-15,

PADANG BESAR – Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding di kerusi yang pernah diperuntukkan kepada Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata dasar ditetapkan Pakatan Harapan (PH) amat jelas bahawa semua parti komponen boleh menuntut kembali kerusi yang diberikan kepada Bersatu pada PRU14.

“Alhamdulillah perbincangan telah selesai tanpa sebarang masalah dan kita hanya tunggu pengumuman calon pada Konvensyen PH yang akan diadakan di Ipoh, Perak pada 20 Okt ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bicara Politik Semasa di sini malam tadi.



Gabungan PH merangkumi PKR, DAP, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Pada PRU14, Bersatu adalah komponen PH sebelum bertindak keluar daripada gabungan tersebut pada 23 Feb 2020.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata pada perbincangan sebelum ini di peringkat nasional, Amanah akan bertanding di 30 hingga 40 kerusi pada PRU15, namun ia terpulang kepada keputusan yang akan diumumkan kelak.

Beliau berkata pada Konvensyen PH yang akan berlangsung di Ipoh itu juga, senarai nama calon termasuk calon perdana menteri, manifesto, tema dan lagu gabungan tersebut akan diumumkan untuk PRU15. – Bernama



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau



Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker