Ketua Pembangkang Johor positif Covid- 19
JOHOR BAHRU- Ketua Pembangkang Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Aminolhuda Hassan mengesahkan dirinya positif Covid-19.
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu memaklumkan, keadaan kesihatannya kurang memuaskan sejak Ahad lalu dan telah melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik.
Aminolhuda berkata, beliau disahkan positif Covid-19 pada Selasa.
“Saya mohon kepada sesiapa yang ada bertemu dengan saya dalam tempoh beberapa hari lalu untuk membuat pemeriksaan sewajarnya,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Selasa-SH
You must be logged in to post a comment.