“Ivy Tidur Dengan Daddy, Auntie Candy, Abang Danial” Fatin Afeefa ‘Tergamam’ Anak Bagitau Bekas Suami Sebilik Dengan Wanita Lain?

Umumnya mengetahui, penyanyi dan pelakon cantik Fatin Afeefa sudah bercerai dengan suaminya Adam Shah, pada tahun 2017.

Penceraian itu berlaku setelah empat tahun mereka berumah tangga. Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua dikurniakan  dua cahaya mata iaitu Adam Aish Arrian dan Ivy Herra Sophia.



Terbaru, menerusi Instastory yang dimuat naik oleh Fatin Afeefa di laman Instagramnya, dia terkejut apabila anaknya mendakwa bekas suaminya tinggal di dalam bilik yang sama bersama teman wanita. Perkara tersebut telah diceritakan oleh anaknya menerusi satu panggilan video yang dibuat.

Perbualan bersama anak

Foto: Gempak



Memetik laporan Gempak, anaknya menceritakan dia tidur bersama bapanya, aunty Candy dan abang Danial dalam satu panggilan yang dibuat Fatin.  Jawapan anaknya ketika itu membuat dia tergamam.

In the same room is it? Yaa (jawab anaknya)

“Ya”, jawap anaknya sambil menganggukkan kepala.

“Okay, thank you sayang,” ucap Fatin kembali.



Foto: Gempak

I’ve been potrayed as bad this whole time but never have I ever involved my kids whenever



I’m in a relationship. Let alone to bring my daughter to sleep in the same room with someone I’m not married with.

This is fucked up. Leave my daughter alone,” tulis Fatin

Susulan daripada itu, Fatin kelihatan berang dengan tindakan bekas suaminya itu. Menerusi beberapa perkongsian yang dimuat naik di Instastory, dia meluahkan rasa kecewa kerana sering ‘dipandang serong’ oleh sesetengah masyarakat dan menyatakan dia sama sekali tidak pernah melibatkan anaknya dalam perhubungannya.

Jangan sesekali dekati anak aku lagi!



Foto: Gempak

Menerusi tangkap layar Whatsapp tersebut, Fatin bertanyakan kepada bekas suaminya mengenai statusnya bersama perempuan tersebut. Namun, bekas suaminya dilihat seolah-olah menafikan dia telah berkahwin dengan perempuan tersebut..



Foto: Gempak

Terkini, segala posting tersebut sudahpun dipadam olehnya, dan dia meminta maaf atas tindakannya. Jelasnya, jika isu ini melibatkan anak-anak dia tidak sanggup untuk memendam secara seorang diri.

Walaupon Instastory tersebut telah dipadam olehnya, itu tidak bermaksud dia setuju dengan apa yang telah dilakukan oleh bekas suaminya.-GEMPAK

[VIDEO] “Saya Sanggup Lakukan Apa Saja Demi Untuk Dapatkan…” – Fatin Afeefa

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker