DAP akan menang dan jadi ‘Kuasa Penentu’ jika ‘Parti Melayu’ terus berbalah

Terkini di My KMU !!!!---->

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik meramalkan DAP menjadi penentu kemenangan selepas pilihan raya umum akan datang sekiranya perebutan undi orang Melayu antara Umno dan PPBM terus berlaku.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, jika kerjasama pilihan raya tidak dicapai, Umno dan Barisan Nasional (BN) berkemungkinan bertembung dengan PPBM dan Perikatan Nasional (BN) di kawasan Melayu, sementara DAP mengekalkan kerusi majoriti Cina atau di kawasan bandar.

Sekiranya pilihan raya umum diadakan sekarang, PPBM mungkin akan tumpas di tangan Umno dan PAS, katanya.

“Sekiranya PAS terpaksa memilih antara Umno dan PPBM, saya percaya mereka akan berpihak kepada Umno kerana kekuatan parti itu.

James Chin.

“Tetapi semakin lama masa diambil sebelum pilihan raya diadakan, PPBM akan menjadi semakin kuat dan peluang mereka untuk merampas sebahagian besar kerusi Umno meningkat,” kata Chin.

Beberapa pemimpin Umno, termasuk bekas presidennya, Najib Razak, dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz menyuarakan kebimbangan bahawa Umno akan semakin lemah sekiranya mereka menunggu untuk memutuskan hubungan dengan PPBM.

Chin berkata, jika undi orang Melayu tidak dapat ditentukan sehingga ke saat akhir, DAP, yang kini merupakan parti dengan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat, boleh menjadi kuasa penentu.

Katanya, pakatan Umno-DAP tidak mungkin berlaku kerana ideologi mereka tidak serasi.

DAP mungkin akan menimbangkan kerjasama dengan PPBM kerana sebelum ini mereka berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan dan mempunyai sejarah pendek bersama, manakala parti Sabah dan Sarawak cenderung untuk “mengikut arus”.

Awang Azman Pawi.

Penganalisis sosio-politik Universiti Malaya, Awang Azman Pawi berkata, politik Malaysia dipenuhi ironi dan paradoks, dan kerjasama antara Umno, GPS, DAP dan PKR tidak boleh diketepikan.

Sekiranya sebelum ini PAS boleh bekerjasama dengan DAP, Umno juga boleh bekerjasama dengan DAP.

“Bahkan pemimpin PPBM, ketika mereka berada dalam Umno, pada suatu ketika dahulu bermusuh dengan PKR dan DAP. Kemudian mereka bersekutu dan sekarang mereka menjadi musuh kembali,” kata Awang Azman.

Katanya, langkah ke hadapan untuk negara ialah dengan semua parti politik bertanding secara bebas dalam pilihan raya akan datang.

“Selepas itu, mereka semua boleh duduk bersama dan bekerjasama untuk membentuk kerajaan yang kuat sehingga pilihan raya akan datang,” katanya.

One thought on “DAP akan menang dan jadi ‘Kuasa Penentu’ jika ‘Parti Melayu’ terus berbalah

  • January 11, 2021 at 12:39
    Permalink

    MASALAH BESAR YANG NEGARA MALAYSIA HADAPI PADA MASA INI ADALAH KITA MEMPUNYAI TERLALU RAMAI MELAYU BAGHAL YANG MENJADI PEMIMPIN. FULL STOP! TENGOK LAH SEKELILING KITA, MANA YG MENGAKU PEMIMPIN DALAM UMNO, PPBM, PAS DAN SBGNYA YANG BENAR2 MERUPAKAN PEMIMPIN YG BERWIBAWA?

    Reply

Leave a Reply